web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Akademi Manchester United Nafi Ada Pertalian Keluarga Di Malaysia 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 4:29PM

gambar Instagram ethanwheatley.9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain Akademi Manchester United, Ethan Wheatley menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.

Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport berkata, laporan mengaitkan beliau dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.

"Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia," kata pemain bahagian serangan itu, ketika dihubungi BERNAMA.

Nama Wheatley mula menjadi perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, selepas laman pencarian bakat mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.

Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama United pada Januari, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian Pengurus Pasukan, Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari.

Beliau kini menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun United dan dilaporkan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun The Red Devils. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar