web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ucap Tahniah S. Sivasangari Muncul Juara Di London

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 1:49PM

S Sivasangari ialah pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas Nicol David - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy negara, S. Sivasangari kerana menjuarai pertandingan Klasik London 2014.

Ucapan penghargaan tersebut dilahirkan menerusi satu perkongsian di media sosial.

“Tahniah saya ucapkan kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang berjaya menjuarai kejohanan London Klasik menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

“Saya juga dimaklumkan bahawa beliau menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2015,” katanya.

Sivasangari, 25, muncul juara selepas berjaya menewaskan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dalam pertandingan itu Isnin lepas.

Atlet kebangsaan itu menewaskan Hania 3-2 pada perlawanan berakhir dalam tempoh 81 minit di Alexandra Palace London.

Kejayaan Sivasangari itu melonjakkan kedudukannya ke ranking ke-13 dunia, disambut dengan sorakan penonton yang menyaksikan aksi final berkenaan.

Perlawanan akhir itu bermula dengan Sivasangari memenangi set pertama 11-9 sebelum lawannya yang berusia 24 tahun itu memenangi set kedua, 11-5, manakala set ketiga 13-11 dimenangi Sivasangari.

Walaupun Hania bangkit semula dengan merebut set keempat dengan kemenangan 14-12, set final tetap menjadi milik Sivasangari dengan mata 11-8.

Sebelum ini kejayaan Sivasangari itu turut dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melalui hantaran di media sosial. - Getaran, 2 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad