web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 12:42PM

Pearly Tan dan M. Thinaah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China, bermula 27 April-5 Mei ini.

Beliau sebaliknya memandang situasi tersebut dari sudut positif apabila boleh memberi tumpuan mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.

"Ini keputusan jurulatih sama ada mahu (kami) pergi atau tidak, ada faedahnya untuk kedua-dua situasi ini. Sekiranya pergi kami dapat main dan ambil semangat kejohanan. 

"JIka tidak pergi pula kami ada masa panjang untuk latihan (persiapan ke Sukan Olimpik 2024)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, hari ini.

Selasa lepas, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024. 

Bagaimanapun, Rexy berkata, barisan kejurulatihan perlu mendapatkan pandangan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum mengumumkan barisan akhir.

Malaysia, yang tidak pernah menjuarai Piala Uber dan turun selaku pilihan ke-10, bakal mengharungi laluan berliku pada edisi kali ini apabila diletakkan dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.

Dalam pada itu, Pearly mengakui berdepan cabaran getir selepas mereka diundi menentang pilihan kelapan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China, dari 9-14 April ini.

Justeru, pemain berusia 24 tahun itu berkata, mereka akan berbincang bersama barisan kejurulatihan mengenai strategi yang tepat dalam usaha mengatasi pasangan dari negara matahari terbit itu. 

Biarpun gandingan Matsumoto-Nagahara berada di ranking kelapan, namun rekod perlawanan tetap memihak pasangan negara yang menghuni kedudukan ke-13 dunia apabila menang tiga daripada empat pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei mengakui berasa tertekan apabila beliau dan pasangan Nur lzzuddin Rumsani, bakal membuka kempen BAC 2024 menentang juara bertahan dunia dan pilihan kedua dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

"Tekanan ada namun kena tangani dengan cara yang bagus...kami tak boleh fikir banyak, cuma perlu cuba yang terbaik dan kemudian bincang dengan jurulatih apa strategi yang perlu dipakai," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar