web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komisioner Perlawanan FIFA Tak Benarkan Berlatih Di SNBJ – Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 9:10AM

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. - gambar Hannah Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak membenarkan pasukan Malaysia dan Oman menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam ini adalah keputusan Komisioner Perlawanan (MC) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi laman X dengan memaklumkan keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini. 

"Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan.

"Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu," katanya malam tadi.

Pasukan Harimau Malaya dan Oman semalam dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik. 

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menuntut janji kontraktor yang menguruskan padang SNBJ menyediakan padang terbaik bagi perlawanan keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Malaysia tewas 0-2 kepada Oman, Jumaat lalu.

Berdasarkan maklumat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan telah menjalani latihan di Wisma FAM di Kelana Jaya manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Kumpulan D menyaksikan Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia berkongsi enam mata pada tiga kedudukan teratasi kumpulan dengan perbezaan go, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata. 

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad