web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:33AM

gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengalami kekalahan pertama selepas tewas 0-2 kepada pasukan ranking dunia ke-80 Oman pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, awal pagi ini.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang menghuni ranking ke-132 dunia, hilang status sebagai pendahulu kumpulan apabila jatuh di tangga ketiga meskipun berkongsi enam mata bersama Oman yang menerajui kumpulan dan Kyrgyzstan di tangga kedua dengan perbezaan gol.

Dua jaringan Oman terhasil pada separuh masa kedua oleh gandingan penyerang Issam Al Sabhi dan Muhsen Al Ghassani, sekali gus memberikan permulaan sempurna buat ketua jurulatih baharu Jaroslav Silhavy yang kali pertama kali membimbing Red Warriors sejak dilantik bulan lalu.

Pada pertembungan itu, anak buah Silhavy yang mendominasi perlawanan sejak permainan bermula buntu dalam usaha mencipta jaringan dalam 45 minit pertama biarpun memiliki beberapa peluang terbaik, namun penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bertindak cemerlang di gawang.

Antara peluang keemasan dimiliki Oman adalah menerusi tandukan Omer Al Malki pada minit ke-14 yang diselamatkan Ahmad Syihan berdekatan garisan gol dan rembatan deras Salaah Al Yahyae dari arah sebelah kiri kotak penalti pada minit ke-32, juga berjaya ditampan keluar.

Bagaimanapun, usaha berterusan Oman berjaya membuahkan hasil apabila akhirnya memecah kebuntuan gol menerusi Issam yang menerima hantaran Ali Sulaiman Al-busaidi sebelum melepasi kawalan La'vere Corbin-Ong dan melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-58.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia pantas menunjukkan respons positif, namun tidak bernasib baik untuk menyamakan kedudukan selepas tandukan Corbin-Ong berpunca sepakan penjuru Mohamad Faisal Abdul Halim hanya menggegar palang pada minit ke-61.

Berbaki kira-kira 20 minit permainan, Pan Gon membuat perubahan taktikal dan pertukaran pemain secara berperingkat dengan memasukkan Endrik Dos Santos, Muhammad Azam Azmi Murad, Paulo Josue, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Darren Lok.

Nasib sekali lagi tidak berpihak Malaysia apabila jaringan Josue pada minit ke-81 dibatalkan kerana ofsaid dan Oman melengkapkan kemenangan penting mereka dengan gol kedua menerusi penyudah Muhsen yang memanfaatkan hantaran Ali Sulaiman pada minit ke-88.

Kemenangan tersebut menyaksikan Oman terus kebal berdepan Malaysia di laman sendiri apabila turut tidak tewas dalam dua pertemuan terakhir sebelum ini sejak 2010.

Malaysia bagaimanapun berpeluang membalas dendam apabila melayani kunjungan Oman pada perlawanan keempat Kumpulan D di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Selasa depan.

Sementara itu, Kyrgyzstan meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan pasukan tuan rumah Taiwan 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan di Kaohsiung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad