web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 8:28AM

Malaysia mara ke final selepas mengatasi Poland 4-3 pada separuh akhir - gambar Konfederasi Hoki Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Malaysia terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final, malam Rabu (awal pagi Khamis di Malaysia).

Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama, namun Malaysia pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook kurang daripada 45 saat kemudian.

Belanda, yang hadir selaku juara Eropah, kemudian melebarkan jurang menerusi jaringan gol padang Reyenga Pepijn pada minit keenam dan Drift Yannick pada minit ke-13 untuk mendahului 3-1 menjelang waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Muhammad Firdaus Omar merapatkan jurang bagi skuad kendalian Wallace Tan menerusi jaringan minit ke-16, tetapi Belanda berjaya muncul juara sulung Piala Dunia 5s apabila Sander de Wijn (minit 26) dan Jamie van Aart (minit 28) masing-masing menjaringkan satu gol.

Malaysia mara ke final selepas mengatasi Poland 4-3 pada separuh akhir, manakala Belanda menewaskan tuan rumah Oman 5-3.

Oman kemudian meraih gangsa selepas menewaskan Poland 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga-keempat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Mirnawan 2023 : Platform Cari Pemain Ke Piala Dunia Remaja

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Impian Emas 'Speedy Tigers' Lebur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar