web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:36AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) menyantuni bekas jurulatih hoki Malaysia dan bekas atlet hoki Olimpik Tokyo 1994 C. Paramalingam (tengah) di kediamannya di Klang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.

Berkongsi berkenaan pengalamannya ketika bergelar pemain hoki, Mohd Shuhaily berkata, selain disiplin, elemen bermain sebagai satu pasukan juga banyak membantu beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai polis.

"Displin, kerja sepasukan dan mahu menang (membentuk diri saya hari ini). Sama juga ketika bekerja, Kita perlu ada kawan-kawan dan rakan sepasukan untuk mencapai sesuatu dan ia mengenai strategi untuk menjayakannya.

"Saya rasa saya dapat asas merancang dan kerja berpasukan daripada jurulatih-jurulatih yang hebat dan bagus," katanya ketika melawat bekas jurulatihnya C Paramalingam, di kediamannya di sini, semalam.

Mohd Shuhaily yang mula bermain hoki seawal usia 12 tahun, pernah mewakili Selangor dalam beberapa kejohanan seperti Piala Razak, Sukan Malaysia (Sukma) dan liga nasional.

Pada pertemuan itu, Mohd Shuhaily dan beberapa bekas pemain hoki negara memberikan cenderahati kepada Paramalingam, sebagai memperingati jasa jurulatihnya itu.

Sementara itu, Paramalingam berkata, beliau terharu dan melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan anak-anak buahnya, selepas sekian lama tidak berjumpa.

"Saya gembira untuk dapat berjumpa mereka semula. Saya masih ingat masa ketika mereka diarahkan untuk berlari di tepi Stadium Hoki MPK (Majlis Perbandaran Klang), yang merupakan pusat latihan kami.

"Kini mereka semua telah dewasa dan berjaya dalam tugas masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Mirnawan 2023 : Platform Cari Pemain Ke Piala Dunia Remaja

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Impian Emas 'Speedy Tigers' Lebur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi