web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Mirnawan 2023 : Platform Cari Pemain Ke Piala Dunia Remaja

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 4:21PM

Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi (tengah) bergambar bersama Piala Mirnawan pada sidang media menjelang Kejohanan Antarabangsa Piala Mirnawan Edisi Kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejohanan Piala Mirnawan 2023 yang bermula esok bakal menjadi medan mencungkil bakat baharu, untuk diketengahkan ke dalam skuad negara bagi saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja pada masa depan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, saingan jemputan antarabangsa yang menumpukan kepada kategori bawah 17 tahun lelaki dan wanita itu juga adalah platform terbaik bagi memberi pendedahan kepada pemain tempatan merasai pengalaman bertanding menyaingi kehebatan pasukan negara lain.

“Ini (Piala Mirnawan) bukan semata-mata merebut trofi, namun lebih kepada pendedahan. Saya mahu mereka merasai bahang pertandingan antarabangsa.

“Kebanyakan pemain yang mewakili Malaysia dalam lingkungan 16 tahun, memandangkan piala dunia remaja ketika ini berlangsung setiap dua tahun sekali, maka kami ada cukup masa untuk menggilap bakat mereka untuk mewakili negara, sama ada dalam masa dua tahun atau empat tahun dari sekarang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hanya pemain berumur 21 tahun dan ke bawah dibenarkan beraksi dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja.

Subahan berharap kejohanan Piala Mirnawan yang memasuki edisi kedua itu, akan dianjurkan pada setiap tahun selepas ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan bakat di peringkat akar umbi.

Piala Mirnawan 2023 berlangsung di Stadium Hoki KPM Lembah Pantai, akan menampilkan lima pasukan lelaki serta enam pasukan untuk saingan wanita pada kejohanan yang akan berakhir pada 26 November.

Bagi kategori lelaki, Malaysia akan menghantar dua pasukan iaitu Malaysia Speedy Tigers (A) dan Malaysia Speedy Tigers (B), yang bakal berentap dengan Afrika Selatan, Persatuan Hoki Odisha dari India serta Australia All Star.

Saingan wanita pula menyaksikan pertarungan di antara Malaysia Speedy Tigress (A), Malaysia Speedy Tigress (B), Afrika Selatan, Persatuan Hoki Odisha dari India, Australia All Star dan Jepun.

Dalam pada itu, Subahan berharap supaya pemain negara dapat menampilkan semangat juang tinggi, dalam usaha mencapai sasaran ke peringkat suku akhir pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 5 hingga 16 Disember ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Argentina diikuti juara 1997 Australia dan Chile. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Impian Emas 'Speedy Tigers' Lebur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad