web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Impian Emas 'Speedy Tigers' Lebur

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 9:07AM

Pemain hoki negara Abdul Rauf Muhajir (jersi kuning, kiri) dikawal ketat pemain China pada perlawanan menentang China - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU, 2 Okt (Bernama) -- Impian skuad hoki lelaki negara untuk meraih pingat emas sulung Sukan Asia berkecai apabila gagal melayakkan diri ke separuh akhir setelah terikat 4-4 menentang tuan rumah, China di Stadium Gongshu Canal Sports Park, malam tadi.

Aksi terakhir Kumpulan B yang penuh dramatik itu, menyaksikan China muncul juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas meraih 13 mata untuk bertemu juara bertahan Jepun pada separuh akhir, Rabu ini.

Malaysia, yang berada di kedudukan ketiga dengan 10 mata dibelakang Korea Selatan (12 mata) terpaksa beraksi di perlawanan klasifikasi 5-6 menentang Pakistan, Jumaat ini.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-10 dunia, memulakan kempen dengan baik apabila membelasah Thailand 9-0, Oman 11-1 dan Indonesia 9-2 namun slot ke separuh akhir menjadi tanda tanya selepas tewas tipis 4-3 kepada Korea Selatan, tiga hari lalu.

Turun dengan misi wajib menang pada aksi hidup mati itu, Malaysia memulakan serangan sebaik wisel permulaan namun China yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti Gao Jiesheng.

Skuad kendalian Arul Selvaraj bijak memperdayakan pertahanan China untuk menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-18 di hadapan lebih 4,000 penyokong tuan rumah.

Pasukan di ranking ke-22 dunia, China tidak mengambil masa lama untuk kembali mendahului menerusi pukulan sudut penalti Chen Qijun seminit kemudian sebelum jaringan padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-25 mengikat kedudukan.

Bersambung suku ketiga, skuad Speedy Tigers mendahului buat kali pertama apabila Muhammad Najmi Farizal Jazlan melengkapkan pukulan sudut penalti pada minit ke-35 tetapi China segera menyamakan kedudukan menerusi pukulan penalti Pan Dongquan selang seminit kemudian.

Mohd Amirul Hamizan Azhar kembali meletakkan skuad negara di hadapan menerusi pukulan sudut pada minit ke-40 sebelum China sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Zhu Weijiang, tiga minit kemudian.

Skuad Speedy Tigers mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti 40 saat sebelum wisel penamat, namun peluang itu disia-siakan menyaksikan keputusan terikat 4-4.

Keputusan itu juga menyaksikan Malaysia turut terlepas slot automatik untuk ke Olimpik Paris 2024 selaku juara Sukan Asia tetapi memilih laluan sukar menerusi pusingan kelayakan yang bakal diadakan pada Januari depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad