web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Kelas Dunia Al Haydos Kekal Rekod Bersih Qatar, Tajikistan Cipta Sejarah Tersendiri

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:52AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Jaringan berkelas dunia, Hassan Al Haydos pada separuh masa kedua memastikan tuan rumah, Qatar mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 dengan bergaya selepas mengatasi China 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A, malam tadi.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan skuad The Maroons bimbingan Tintin Marques mengumpul mata maksimum untuk melangkah ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan dalam misi mempertahankan kejuaraan di laman sendiri.

Pada aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa di Bandar Al Rayyan, kira-kira sembilan kilometer, dari sini, keputusan Marquez merehatkan beberapa pemain utama menyaksikan China tampil dengan permainan yang lebih menyakinkan pada separuh masa pertama dengan mencipta beberapa percubaan berbahaya.

Pemain sayap China, Wei Shihao terlepas peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas rembatan kaki kanannya dari jarak dekat tepat ke arah gol yang berjaya ditepis keluar penjaga gol, Saad Al Sheeb.

Kedua-dua pasukan kemudian mempunyai peluang untuk meledak jaringan dengan rembatan Khalid Muneer sedikit tersasar di kanan gawang pada minit ke-43, manakala tandukan Zhang Yuning berpunca sepakan penjuru juga sedikit melewati palang gol pada penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, kemasukan pemain sensasi Akram Afif dan Al Haydos pada minit ke-64 ternyata memberi impak positif dengan gandingan dua pemain ini tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol kemenangan pasukan dua minit berselang.

Al Haydos menjaringkan gol kemenangan yang boleh dianggap gol terbaik pertandingan setakat ini, apabila beliau yang menerima hantaran sepakan penjuru Afif tidak teragak-agak melepaskan rembatan voli dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan Yan Junling di gawang.

Kekalahan itu menyaksikan China, yang dibimbing Aleksandar Jankovic tersingkir, daripada pertandingan selepas hanya mengutip dua mata di kedudukan ketiga, sekali gus tidak berpeluang mencabar kedudukan empat pasukan di posisi ketiga terbaik untuk ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Tajikistan mencipta sejarah tersendiri pada penampilan sulung di Piala Asia apabila mara ke pusingan 16 terbaik selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lubnan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan di Stadium Jassim bin Hamad itu, gol kemenangan Tajikistan bimbingan Petar Segrt dijaringkan pemain gantian Nuriddin Khamrokulov pada masa kecederaan babak kedua selepas Parvizdzhon Umarbayev menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Terdahulu, Lubnan meledak gol sulung pada kempen kali ini menerusi Bassel Jradi hanya selepas dua minit babak kedua bersambung, namun kegembiraan itu bertukar tragedi apabila pemain pertahanan Kassem Al Zein dilayangkan kad merah susulan terjahan keras ke atas Alisher Dzhalilov pada minit ke-56.

Kejayaan mengutip tiga mata itu melonjakkan Tajikistan ke kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata, sekali gus muncul naib juara kumpulan sementara Lubnan kendalian Miodrag Radulovic menamatkan kempen di kedudukan terakhir dengan membawa pulang satu mata.

Pada pusingan 16 terbaik, Tajikistan dijadual membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan C yang masih belum dimuktamadkan, manakala Qatar akan menanti pasukan ketiga terbaik antara Kumpulan C, D atau E. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad