web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohamad Norza Kekal Presiden BAM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 2:49PM

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat pusingan U untuk terus kekal memegang tampuk kepimpinan badan induk itu.

Beliau berkata, pertimbangan semula itu dibuat selepas mendapat saranan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang meminta beliau terus memegang jawatan berkenaan, Selasa lalu.

“Selepas meneliti  dan maklum balas kepada galakan yang diterima daripada menteri serta perbincangan panjang lebar bersama ahli Majlis BAM, saya memutuskan untuk kekal sebagai Presiden BAM.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan kestabilan dan tumpuan semasa fasa kritikal terutama persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2024 Paris tahun depan. Matlamatnya masih jelas, iaitu bekerja secara kolektif ke arah memenangi emas untuk Malaysia di Paris,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis BAM di sini, hari ini.

Mohamad Norza yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Program Road To Gold (RTG) berkata, penting untuk beliau kekal sebagai presiden BAM kerana kem badminton lazimnya menjadi blok utama atau majoriti atlet negara ke Sukan Olimpik.

Menurut Mohamad Norza, ahli Majlis BAM juga sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan jawatan presiden itu terlebih dahulu, walaupun beliau dijadualkan menamatkan penggalnya pada 2025 sebelum mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebelum ini.

“Sudah tentu tumpuan sehingga Sukan Olimpik tetapi pada masa ini ahli majlis tidak mahu saya nyatakan bila, jadi kita biarkan sahaja. Apabila saya putuskan untuk umumkan (kekal sebagai Presiden BAM), saya mendapat tepukan gemuruh (daripada ahli Majlis BAM), mereka semua menunjukkan sokongan apabila saya mahu meneruskannya,” katanya.

Pada Julai lalu, Mohamad Norza mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris, namun mengejutkan ramai pihak apabila mahu melepaskan jawatannya penghujung tahun ini.

Spekulasi mengenai jawatan tertinggi BAM terjawab Oktober lalu setelah ahli Majlis sebulat suara bersetuju melantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden BAM baharu.

Sementara itu, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, beliau telah berhubung dengan Tengku Zafrul mengenai perkara berkenaan dan Tengku Zafrul faham mengenai situasi semasa.

“Beliau (Tengku Zafrul) juga mempunyai pendapat yang sama bahawa BAM perlu diserahkan kepada beliau apabila tiba masanya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam melahirkan penghargaan atas kesudian Mohamad Norza yang memutuskan untuk kekal sambil menyifatkan Mohamad Norza sebagai 'bos’ yang komited dan bukan sekadar 'memanaskan kerusi’ presiden. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Pemain Terbaik Dunia Bakal Berentap Di Masters Malaysia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Persatuan Sukan Bidas Kenyataan Tak Matang Adam Adli

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Upah Pakar Urus Akaun, Kata Norza Kepada Persatuan Sukan Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad