Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Persatuan Sukan Bidas Kenyataan Tak Matang Adam Adli

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 7:00AM

Adam Adli pada sidang media di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin industri sukan Malaysia membidas kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim mengenai rasuah dalam kalangan pihak dalaman industri berkenaan.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, walaupun Malaysia memiliki ramai atlet bertaraf dunia, hanya segelintir membawa pulang pingat emas pada kejohanan antarabangsa yang dianggap berpunca daripada rasuah.

Bercakap kepada The Vibes, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Amarjit Singh berkata, tidak wajar untuk membuat kenyataan itu terhadap persatuan sukan tanpa mengemukakan sebarang data dan bukti kerana ia ‘seolah-olah menunjukkan industri sukan sangat korup’.

“Ya, secara umumnya memang bagus rasuah tidak disokong, tetapi untuk membuat kenyataan terbuka seperti ini, melainkan dia ada bukti dan data untuk menjustifikasikan apa dia katakan, itu tidak wajar,” katanya.

Amarjit memetik skandal penyelewengan 2016 membabitkan lebih RM100 juta yang dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin.

“Mereka harus melihat kementerian itu sendiri. Lihat di dalam rumah (kementerian) anda sendiri sebelum anda membuat kenyataan terhadap persatuan sukan. Ia adalah kenyataan pramatang,” katanya.

Amarjit mencadangkan Adam Adli supaya melibatkan diri dengan pihak berkepentingan dalam industri sukan supaya beliau mampu memahami apa dilaksanakan pihak terbabit.

‘Kekurangan dana punca di sebalik pungutan pingat emas yang sedikit daripada acara antarabangsa’

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, rasuah tidak menyebabkan kutipan pingat emas yang sedikit daripada kejohanan antarabangsa, sebaliknya ia disebabkan kekurangan dana daripada kerajaan.

“Daripada menganggap persatuan sukan lama sudah rosak, perkara pertama perlu dilakukan pihak berkuasa sukan, terutama menteri sukan dan timbalan menteri adalah memastikan untuk melibatkan persatuan sukan dan mengetahui apakah isu terbesar mereka yang saya rasa adalah pembiayaan.

“Saya bersetuju dengan Adam Adli bahawa kita mempunyai ramai atlet bertaraf dunia, tetapi dari segi tidak memenangi banyak pingat emas dalam acara antarabangsa, saya rasa rasuah tidak ada kaitan dengannya.

“Seperti hoki atau banyak persatuan sukan lain, presiden atau ahli majlis membelanjakan wang kita sendiri untuk membantu.

“Apabila anda membandingkan Malaysia dengan pasukan dunia lain yang melahirkan atlet bertaraf dunia, itu semua kerana mereka mempunyai dana mencukupi dan persatuan tidak perlu keluar untuk mencarinya,” katanya.

Subahan yang juga presiden PJ City FC menambah, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu mendapatkan pembiayaan mencukupi supaya persatuan sukan mempunyai sumber mencukupi bagi mendapatkan teknologi terbaik, selain khidmat jurulatih terbaik bagi membantu melahirkan atlet bertaraf dunia.

‘Betulkan kebocoran dalam kementerian anda’

Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad memberitahu The Vibes bahawa masalah itu berkaitan dengan pihak atasan, iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Sepatutnya dia (Adam Adli) bertanya sama ada MSN diuruskan dengan betul dahulu sebelum bercakap mengenai persatuan sukan.

“Adalah tidak adil untuk timbalan menteri berkata demikian.

“Kami (persatuan sukan) meminta bajet daripada MSN dan kementerian untuk menghantar atlet kami ke pertandingan, tetapi kadang-kadang kami tidak mendapat pembiayaan sepenuhnya dan terpaksa mengorek tabung persatuan kami bagi memastikan atlet bertanding.

“Saya percaya Timbalan Menteri Belia dan Sukan tidak diberi taklimat dengan betul atau mungkin dia diberitahu perkara salah.

“Kenapa dia tidak berjumpa kami (persatuan sukan) supaya kami dapat memberi taklimat kepadanya dengan betul mengenai perkara ini?” soal Azmi.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohd Norza Zakaria turut mengkritik Adam Adli dengan meminta beliau menarik semula kenyataan terbabit.

“Adalah tidak adil bagi sukarelawan dan mantan atlet yang berkorban kehidupan kepada persatuan. Dia perlu melihat ketirisan dalam kementeriannya sendiri.

“Dia masih bercakap seperti pembangkang. Dia masih muda, jadi saya cadangkan dia turun padang untuk mendalami sukan Malaysia.

“Adakah dia tahu bahawa kadang-kadang kita menghabiskan wang sendiri? Cakap itu senang,” kata Norza kepada The Vibes ketika dihubungi. - The Vibes, 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Diperintah Bela Diri Terima Rasuah RM1.77 Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Luar Negara 2 jam yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Semasa 18 jam yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM