web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemain Terbaik Dunia Bakal Berentap Di Masters Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 8:38PM

Norza (tengah) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad (tiga, kanan) dalam sesi bergambar selepas sidang media di Petronas Akedemi Badminton Malaysia, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat tempatan boleh menjangkakan pertarungan sengit pada Kejohanan Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 23 hingga 28 Mei ini, yang bakal disertai para pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejohanan Super Jelajah Dunia 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu merupakan Jelajah Dunia pertama menawarkan mata ranking untuk Paris 2024.

“Ia adalah kejohanan yang sangat berharga untuk pemain mendapatkan mata ranking bagi kelayakan Olimpik, terutama dalam perseorangan lelaki, kebanyakan 10 pemain terbaik dunia akan bermain,” katanya pada sidang media kejohanan itu, di sini, hari ini.

Berlangsung selepas Piala Sudirman yang dijadualkan pada 14-21 Mei di Suzhou, China, Masters Malaysia 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai USD420,000 (hampir RM1.86 juta) serta mata kelayakan Olimpik ‘Race to Paris’, dijangka disertai lebih 300 pemain badminton elit dari seluruh dunia.

Mohamad Norza, pada masa sama, menyeru pemain negara memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah dan sokongan daripada peminat tempatan untuk mempamerkan persembahan cemerlang bagi meraih mata kelayakan itu.

“Saya rasa mereka tahu, terutama 10 pemain terbaik kita yang merupakan sebahagian daripada Program ‘Road To Gold’ (RTG), pendekatan untuk membantu mereka pada peringkat tertinggi. Dan ini sepatutnya menjadi motivasi kepada mereka.

“Sekiranya mereka mahu meneruskan sokongan ini, mahu kita meletakkan banyak lagi pelaburan kepada mereka, pemain seharusnya mempamerkan aksi yang setimpal dengan mengambil peluang,” katanya yang turut menyeru rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan padu kepada pemain badminton negara.

Beliau juga memaklumkan tiada peningkatan harga tiket dan peminat boleh membeli tiket secara dalam talian di www.ticket2u.com.my mulai 20 April.

Tahun lepas tiket Masters Malaysia dijual antara RM20 hingga RM460.

Kali terakhir pemain tempatan menjuarai kejohanan itu ialah pada edisi 2017 di Sibu, Sarawak, apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengungguli saingan beregu campuran, manakala Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan perseorangan lelaki kelimanya setahun sebelum itu di Pulau Pinang.  

Pemenang Masters Malaysia 2022:

Perseorangan lelaki: Chico Aura Dwi Wardoyo (INA)

Perseorangan wanita: An Se Young (KOR)

Beregu lelaki: Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA)

Beregu wanita: Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN)

Beregu campuran: Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN) - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad