web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Upah Pakar Urus Akaun, Kata Norza Kepada Persatuan Sukan Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 9:00AM

Norza Zakaria - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, persatuan sukan kebangsaan (NSA) tidak seharusnya mengambil mudah tentang kepentingan tadbir urus kewangan.

Penegasan itu dibuat selepas Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah yang disyaki dilakukan oleh seorang kakitangannya ketika menguruskan akaun bank kelab itu.

Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, NSA tidak boleh bergantung kepada sukarelawan untuk menguruskan akaun kewangan mereka.

“Sudah tiba masanya untuk NSA mengupah pakar seperti akauntan, pengurus kewangan, atau pengawal kewangan, supaya tadbir urus kewangan yang baik diikuti,” katanya.

Beliau menjelaskan, seorang pakar kewangan boleh memastikan bahawa laporan kewangan didokumenkan dengan baik, bagi mengelakkan masalah pada masa hadapan.

Norza berkata, kemelut melanda KRM seharusnya menjadi amaran kepada seluruh industri sukan dan menasihatkan NSA lain untuk menilai semula akaun kewangan mereka.

"Ia juga mengenai akauntabiliti dan tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, sumber rapat dengan KRM mendedahkan kepada The Vibes bahawa suspek sudah bekerja dengan persatuan itu selama lebih 10 tahun.

Justeru, KRM tidak curiga apabila kakitangan berkenaan ingin bercuti selepas persatuan mengetahui kehilangan wang berkenaan.

“Suspek seorang yang bergaya. Dia sudah sekian lama bersama KRM, (selama) lebih 10 tahun, dan tidak pernah ketinggalan menghantar semua laporan bulanan.

“Apabila kakitangan terbabit mahu mengambil cuti, tiada sebab untuk kami berasa syak wasangka.

"Jadi, kami tidak menjangka kakitangan tersebut akan melakukan ini kepada kami,” katanya.

Sumber itu juga berkata, anggaran kerugian sekitar RM2 juta.

KRM dimaklumkan oleh beberapa rakan karib suspek yang terdengar berita itu, bahawa individu terbabit didakwa mempunyai masalah perjudian. – The Vibes, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Norza Kekal Presiden BAM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam