web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uncle Mack Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 1:36PM

Allahyarham Macklin pernah berkhidmat sebagai jurulatih jasmani tentera darat dan pegawai waran ATM. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas kem komandan dalam persediaan atlet negara ke temasya sukan utama, Macklin Amzah, meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Majlis Sukan Negara (MSN), bekas pegawai MSN dari 1991-2014 yang cukup rapat dengan atlet sepanjang perkhidmatannya itu, menghembuskan nafas terakhir pada 1.06 pagi di Hospital Serdang, Selangor.

“Arwah dan keluarganya dijangkiti COVID-19 sebelum Aidilfitri tetapi arwah mengalami komplikasi yang lain manakala keluarganya telah selesai melalui proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang baru-baru ini,” katanya.

Menurut MSN, Allahyarham Macklin, 74, akan dikebumikan selepas 1 tengah hari ini di Tanah Perkuburan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Bekas pemain hoki kebangsaan, Iman Gobinathan Abdullah dalam satu hantaran di laman Facebook menyifatkan Allahyarham Macklin sebagai seorang individu yang sangat mesra dengan atlet dan sentiasa berasa senang dan gembira ketika bergaul dengan arwah suatu ketika dahulu.

“Baris sedia, jangan bergerak. Kalau gerak, aku gigit telinga awak - this is the quote that I always looking forward during MSN national camp since 1997 to 2004 as athlete from Mr Macklin aka Mack,” katanya di laman Facebook.

Sementara itu, MSN turut mengucapkan takziah kepada keluarga Macklin atas pemergiannya.

“Seluruh warga sukan MSN mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut catatan yang juga dimuat naik di laman Facebook MSN.

Allahyarham Macklin pernah berkhidmat sebagai jurulatih jasmani tentera darat dan pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bertugas di MSN sebagai tenaga pengajar kecergasan dan kem komandan yang menyaksikannya banyak terlibat mengendalikan program waja diri dan bina negara kepada atlet kebangsaan sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar