web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 7:58PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti pelaksanaan caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk semua atlet negara bermula Januari tahun depan. 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara itu diputuskan oleh Lembaga Pengurusan MSN baru-baru ini selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan. 

“Ini merupakan satu langkah ‘game changer’ yang dilaksanakan kerajaan kerana  sebelum ini  tidak ada dilaksanakan sebarang program yang membolehkan atlet negara dapat KWSP dan Perkeso,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. 

Mengenai kemelut antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias, Hannah berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu untuk mengadakan perbincangan bersama kedua-dua badan sukan itu dalam masa yang terdekat. 

“Tidak dapat dinafikan dua badan (MOM dan PJS) ini amat penting. MOM cukup penting dari segi pembangunan sukan Malaysia, manakala PJS juga memainkan peranan penting sebagai pentadbir untuk Akta Pembangunan Sukan,” katanya. 

Sebelum ini, tular satu rakaman audio Suhardi yang mengugut untuk membatalkan pendaftaran MOM pada 14 November lalu, diikuti Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pula mengeluarkan kenyataan menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1,124,555,600 yang diperuntukkan kepada KBS dalam Belanjawan 2024 dengan lebih suara menyokong selepas dibahas 20 Ahli Parlimen.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam penggulungannya berkata sejak 2011, TalentCorp melalui Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme) sudah menerima lebih 10,000 permohonan daripada golongan profesional Malaysia atau diaspora menetap di luar negara untuk kembali ke tanah air.

Beliau berkata, ini melibatkan purata permohonan konsisten antara 400 hingga 500 setahun, dengan lebih 6,000 pakar sudah diluluskan di bawah inisiatif REP.

“Menyedari perkembangan globalisasi dengan perbincangan brain drain kini telah berevolusi kepada brain circulation, usaha TalentCorp melibatkan diaspora kini melangkaui kepada usaha untuk memudah cara kepulangan mereka kepada mengoptimumkan sumbangan walau di mana mereka berada,” katanya. 

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1,467,578,900 yang diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia dalam Belanjawan 2024 dengan lebih suara menyokong selepas dibahas 17 Ahli Parlimen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Hannah Serah Tugas Menteri Belia Dan Sukan Kepada Dr Mohammed Taufiq

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad