web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Serah Tugas Menteri Belia Dan Sukan Kepada Dr Mohammed Taufiq

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2025 4:04PM

Gambar Facebook Hannah Yeoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hannah Yeoh menyerahkan tugas secara rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan baharu Dr Mohammed Taufiq Johari di Bangkok, Thailand hari ini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI pada Selasa lepas.

Majlis itu diadakan Bangkok bersempena dengan temasya Sukan SEA Thailand 2025 dan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Nagulendran Kangayatkarasu, pengurusan tertinggi kementerian, Presiden Majlis Olimpik Malaysia serta wakil kontinjen Malaysia.

Hannah kini bertukar portfolio dan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), manakala Dr Mohammed Taufiq merupakan muka baharu yang dilantik sebagai menteri.

Menerusi kenyataan KBS hari ini, Hannah merakamkan penghargaan kepada warga kementerian, agensi di bawah KBS serta semua pihak berkepentingan atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu kementerian untuk meneruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq menzahirkan komitmen untuk meneruskan kesinambungan dasar dan program kementerian dengan penekanan terhadap kebajikan atlet, sokongan kepada kontinjen Malaysia yang sedang beraksi pada temasya sukan berkenaan serta memperkasakan hal ehwal pembangunan belia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

2

Sukan 3 tahun yang lalu

SUKMA: Pengecualian Kabaddi, Silambam Keputusan Kolektif, Saya Tidak Boleh Menolaknya

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kaji Semula Had Umur Belia Bawah 30 Tahun - ABIM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad