web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SUKMA: Pengecualian Kabaddi, Silambam Keputusan Kolektif, Saya Tidak Boleh Menolaknya

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:00AM

Hannah Yeoh - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pengecualian kabaddi dan silambam dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 adalah berdasarkan keputusan kolektif Majlis Tertinggi Sukma.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa sukan itu sepatutnya disenaraikan kerana ia diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi tahun lalu.

Hannah berkata, menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi SUKMA tidak memberi beliau kuasa untuk menolak keputusan tersebut.

“Keputusan itu dibuat oleh majlis tertinggi (SUKMA) melibatkan semua exco negeri. Saya tidak boleh menolaknya.

“Saya tahu bekas menteri (belia dan sukan) berkata saya boleh menggunakan kedudukan sebagai menteri untuk menolak keputusan itu.

“Tetapi saya menyemak buku peraturan, dan ia menyatakan bahawa keputusan itu mesti dibuat secara kolektif dengan semua exco negeri dalam majlis tertinggi.

“Jika saya membuat keputusan sendiri, itu bermakna saya tidak menghormati proses tersebut.

“Kabaddi bukan satu-satunya sukan yang meminta bantuan kami, tetapi juga sukan lain,” katanya pada sidang media selepas melawat Wisma MOM di Jalan Hang Jebat di sini, semalam.

Ahli Parlimen Segambut itu juga menolak sebarang spekulasi bahawa kabaddi dan silambam adalah sukan milik masyarakat tertentu.

“Saya tidak faham kenapa ketika ini ramai yang mengatakan kita meminggirkan kaum India.

“Tiada perkara seperti itu kerana ketika saya pergi melihat kejohanan kabaddi bersama K. Nagulendran (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan) baru-baru ini, kami diberi taklimat bahawa kabaddi kini berbilang kaum.

“Jadi, nampaknya terdapat pelbagai mesej,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail secara terbuka membentangkan kriteria pemilihan acara SUKMA edisi ke-21.

Penjelasan itu dibuat sebagai jawapan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Kabaddi Malaysia,  Peter Gopi yang mempersoalkan mengapa sukan tersebut diketepikan untuk temasya SUKMA akan datang di Sarawak.

Menerusi satu video, Peter mendakwa dia sebelum ini pernah bercakap dengan Faizal dan bekas Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jana Santhiran Muniayam mengenai penambahan kabaddi dan silambam dalam acara SUKMA. – The Vibes, 30 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Hannah Serah Tugas Menteri Belia Dan Sukan Kepada Dr Mohammed Taufiq

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar