web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuwait Jinakkan Harimau Malaya 4-1

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 9:15AM

De Paula menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah lebih 550 hari tidak beraksi dalam sebarang pertandingan kompetitif, skuad Harimau Malaya mempamerkan prestasi lesu apabila ditewaskan Kuwait 4-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium The Seven, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Kuwait, penghuni ranking 148 dunia ternyata lebih garang apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-21 melalui sepakan jarak jauh Ahmad Aldhefeery apabila Mohd Farizal Marlias, gagal menyekat percubaannya dalam aksi pemanas badan yang bermula pada 7.15 malam waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia) pada Ahad.

Bagaimanapun, penyerang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Guilherme de Paula menyamakan kedudukan melalui hantaran lintang dari La’Vere Lawrence Corbin-Ong, tujuh minit kemudian. Kedudukan kekal 1-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memutuskan merombak pasukan dengan hanya mengekalkan de Paula dan Syamer Kutty Abba untuk barisan kesebelasan utama skuad negara.

Selepas aksi  berlangsung tiga minit pertama, pemain muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin, yang membuat penampilan sulung dalam pasukan senior ini, memperoleh peluang untuk menjaringkan gol namun berjaya disekat penjaga gol tuan rumah.

Pasukan tuan rumah yang berjersi biru mendahului sekali lagi menerusi tandukan Fahad Alhajeri pada minit ke-55, manakala penyerang Shabaib Alkhaldi meledakkan satu lagi gol pada minit ke-61 bagi menggegarkan gawang pasukan Malaysia yang kini menduduki tangga ke-153 dunia.

 Kuwait terus berpesta gol apabila ketua pasukan Fahad Al-Alabraim menjaringkan gol melalui sepakan percuma ke gawang negara pada minit ke-68 sekali gus memaksa Cheng Hoe menggantikan penjaga gol Samuel Somerville dengan Khairulazhan Khalid.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan ranking ke-99 dunia, Bahrain di Manama pada Jumaat, sebelum kembali ke Dubai bagi menghadapi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kelayakan Kumpulan G menentang UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan menamatkan saingan berdepan Thailand pada 15 Jun, dengan sasaran layak ke Piala Asia 2023 di China.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi adalah ketika menentang Indonesia dengan berjaya mencatat kemenangan 2-0, sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19 memaksa perlawanan kelayakan itu ditangguhkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad