web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecah Rekod Kebangsaan, Faten Cipta Sensasi Di Paris

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 8:41PM

Fatin Nurfatehah Mat Salleh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemanah elit wanita negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh mencipta sensasi di Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 4 apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara compound individu wanita di Paris hari ini.

Menurut https://info.worldarchery.org, atlet berusia 32 tahun itu mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan sekali gus memadam rekod lama 701 mata yang dicatatkan di Piala Dunia 2023 Peringkat 1 di Turki pada April.

Pemenang pingat emas Piala Dunia Memanah 2015 Peringkat 1 yang menduduki tangga ketujuh dalam kejohanan itu, dijadual bertemu pencabar daripada Hong Kong Ho Yan Tsang, pada saingan pusingan pertama esok.

Dalam pada itu, bagi acara compound individu lelaki, pemanah berpengalaman negara Mohd Juwaidi Mazuki mencatat 707 mata keseluruhan selepas 72 panahan di pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan akan bertemu pemanah Indonesia Rajat Chauhan di pusingan pertama.

Acara compound campuran pula menyaksikan Fatin Nurfatehah-Mohd Juwaidi merakam 1411 mata keseluruhan dalam pusingan kelayakan dan layak ke pusingan penyingkiran 1/8. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Berbasikal Johor Raih 3 Emas, Kuartet Wanita Lebur Rekod Kebangsaan

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Rachel, Khairi Adib Tambah Pungutan Emas Malaysia

3

Sukan 5 tahun yang lalu

Haziq Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Salur Darah Jantung - KKM

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Atlet Memanah, Haziq Kamaruddin Selamat Dikebumikan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad