web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rachel, Khairi Adib Tambah Pungutan Emas Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 7:39PM

Khairi Adib menunjukkan pingat emas yang dimenanginya menerusi acara Silat Tanding Kelas B Lelaki. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun itu dalam acara titian imbangan, sehari selepas meraih emas dalam acara palang bertingkat, semalam.

Pada saingan hari ini, Rachel mempamerkan aksi mantap untuk mengutip 12.567 mata, mengatasi pencabarnya dari Filipina Aleah Finnegan Cruz yang mengutip 12.367 mata, manakala pingat gangsa milik peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong (12.167 mata).

Ketika ditemui pemberita, Rachel berkata pencapaian di Hanoi itu menaikkan semangatnya untuk berusaha lebih keras bagi menghasilkan keputusan membanggakan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Julai depan dan Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Rachel berkata sebelum turun beraksi hari ini, beliau hanya meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik.

“Persaingan sangat sengit di sini dan memenangi dua pingat emas dan satu gangsa adalah pencapaian baik,” kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu yang turut meraih gangsa dalam acara all-around individu, dua hari lepas.

Di gelanggang silat pula Muhammad Khairi Adib Azhar menyumbangkan pingat emas buat skuad silat negara dalam aksi penuh dramatik final silat tanding kelas B Lelaki (50-55kg).

Ketika Khairi Adib ketinggalan sembilan mata dengan masa pertarungan berbaki empat saat pada kedudukan 50-59, tindakan lawannya Khoirudin Mustakim melakukan sepakan di bahagian muka membawa padah kepada pesilat dari Indonesia itu.

Rachel menambah koleksi pingat emas di Sukan SEA Hanoi. - Gambar fail Bernama
Rachel menambah koleksi pingat emas di Sukan SEA Hanoi. - Gambar fail Bernama

Setelah meneliti rakaman video, juri memutuskan untuk menolak 10 mata daripada Khoirudin kerana melanggar peraturan pertandingan sekali gus memberi kelebihan satu mata kepada Khairi Adib dan kedudukan 50-49 berpihak kepada pesilat negara itu kekal sehingga tamat pertarungan.

Pencapaian pesilat negara berusia 20 tahun itu sekali gus meneruskan legasi bapanya Azhar Ahmad yang pernah memenangi pingat emas ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001.

Ketika ditemui pemberita, Khairi Adib berkata beliau sangat bersyukur atas kejayaan tersebut kerana misinya di Hanoi adalah untuk meraih pingat emas selepas hanya memenangi gangsa pada edisi 2019 di Manila setelah tumpas kepada lawan yang sama di peringkat separuh akhir.

Ditanya sama ada kemenangannya disebabkan nasib kerana lawannya dikenakan penalti 10 mata, Khairi Adib berkata perkara itu tidak timbul kerana beliau sememangnya memberi tentangan sejak permulaan sehingga tamat pertarungan.

“Ketika ketinggalan (dengan hanya empat saat berbaki), saya cuba tenangkan fikiran dan berserah kepada Allah SWT, dan alhamdulillah saya berjaya memenangi pingat emas,” katanya yang turut berterima kasih kepada jurulatih Mazlan Shaari dan pesilat senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar.

Sementara itu, aksi dua pesilat wanita negara di pentas final serba tidak menjadi dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang juga juara dunia empat kali dan diletakkan harapan meraih pingat emas di Hanoi tumpas 32-39 di tangan peserta tuan rumah Quang Thi Thu Nghia dalam kelas F Wanita (70-75kg).

Sementara, Siti Shazwana Ajak yang membuka gelanggang acara final hari ini, tewas 22-30 kepada pesilat Singapura Nurul Suhaila Mohamed Saiful dalam kelas E Wanita (65-70kg).

Seorang lagi pesilat negara Billage Nakang turut gagal menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia apabila tumpas kepada pencabar dari Vietnam Le Van Toan 17-30 dalam kelas Terbuka Lelaki (110kg).

Dalam olahraga pula, dua atlet lempar cakera kebangsaan membawa pulang perak dan gangsa dengan Queenie Ting Kung Ni mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu.

Atlet berusia 24 tahun berasal dari Sarawak itu, melakukan lemparan sejauh 52.36m di Stadium Nasional My Dinh di sini untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya itu.

Olimpian Thailand Subenrat Insaeng mempertahankan pingat emas dengan catatan 53.09m.

Seorang lagi atlet Malaysia, Choo Kang Ni, Ni menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 46.57m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad