web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berbasikal Johor Raih 3 Emas, Kuartet Wanita Lebur Rekod Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 10:04PM

Pasukan berbasikal trek wanita dari Johor bergambar bersama pingat Emas yang diraih dalam acara Team Pursuit akhir pada SUKMA 2022 di Velodrom Nasional, Nilai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Skuad berbasikal trek Johor mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menyapu bersih acara 4km kejar-mengejar berpasukan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Velodrom Nasional Nilai hari ini.

Lebih manis, selain menghadiahkan pecutan emas, skuad wanita Johor dibarisi Khairunnisa Aleeya, Normastura Norman, Nur Syafika Natasya Kadir dan Siti Nur Adiba Akma Mohd Fuad cemerlang, apabila meleburkan rekod kebangsaan acara itu dengan catatan 4 minit 47.317 saat, memadamkan rekod terdahulu 4:57.898s yang dicipta pada Kejuaraan Berbasikal Asia 2018.

Pingat perak menjadi milik pasukan Terengganu selepas merekodkan masa 4:49.177s manakala Kedah di kedudukan ketiga dengan catatan 4:57.269s.

Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Siti Nur Adiba yang juga ketua pasukan berbasikal wanita Johor berkata mereka sebelum ini memang menyasarkan untuk merangkul emas, namun tidak menyangka dapat mencipta rekod baharu kebangsaan.

“Kami tidak sasarkan untuk pecah rekod kebangsaan dan jurulatih pun tidak memberi tekanan ... (kejayaan ini) sangat berbaloi dengan usaha kami selama ini.

“Dengan pencapaian hari ini, saya yakin Johor mampu buat lebih baik pada SUKMA akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.

Beliau berkata kejayaan diraih skuad berpasukan itu turut menjadi pembakar semangat buat pelumba negeri itu untuk merangkul lebih banyak pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan acara berbasikal temasya sukan berkenaan.

Sementara itu, skuad lelaki Johor turut mendominasi acara kejar-mengejar apabila gandingan Chan Jian Le, Mohamad Faizal Mohd Hata, Muhammad Nur Aiman Rosli dan Zulhelmi Zainal menamatkan perlumbaan di kedudukan teratas dengan catatan 4:11.121s.

Namun masa direkodkan mereka hanya kurang dua saat untuk memintas rekod kebangsaan 4:09.600s yang dicipta pada Kejohanan Berbasikal Asia 2018.

Terengganu di kedudukan kedua dengan masa 4:15.323s, manakala gangsa dimenangi Perak (4:15.260s).

Skuad berbasikal Johor terus cemerlang apabila Muhammad Ridhuan Saharom meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki, mengatasi Mohamad Fariz Haikal Mohamad Kadir dari Kedah di tempat kedua manakala rakan sepasukannya Mohamad Akmal Nazimi Jusena terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Acara pecut wanita pula menjadi milik pelumba kebangsaan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang mewakili Kedah apabila mengetepikan cabaran wakil Pulau Pinang Nurul Aliana Syafika Azizan di kedudukan kedua, manakala pingat gangsa disandang pelumba Selangor Yong Ann Yi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad