web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misbun Sah Berpisah Dengan BAM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 8:02PM

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, secara rasmi meninggalkan badan induk sukan itu.

BAM menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi media sosial memaklumkan, satu kata sepakat sudah dicapai antara kedua-dua belah pihak, dan menganggap kes itu kini selesai.

“BAM menganggap kes ini tamat dan kini menumpukan kepada persediaan kepada Kejohanan Remaja Dunia 2023 yang akan datang,” menurut kenyataan BAM hari ini.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat (AS) mulai 25 Sept hingga 8 Okt ini.

Misbun pada 9 Ogos lalu, dilaporkan sudah menghantar surat jawapan berhubung tawaran diberikan BAM, dalam usaha memujuknya kembali susulan penamatan kontrak selaku Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM, pada bulan lepas.

Sebelum ini, BAM menerusi Jawatankuasa Khas diketuai Timbalan Presiden, Datuk V. Subramaniam, membuat keputusan menamatkan kontrak Misbun berikutan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia, bulan lalu.

Misbun meninggalkan BAM buat kali pertama pada 2011 sebelum menyertai semula BAM untuk kali kedua pada 2017, sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Kebangsaan.

Pada 2020 beliau dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, diikuti sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Badan Susut, Wan Raja Hilang 10 Kilogram Gara-Gara…

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Apabila Kerusi Jurulatih Badminton Negara Dimonopoli Indonesia…

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

3 Lokasi Kenang Jasa 3 Legenda Sukan Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan