web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Badan Susut, Wan Raja Hilang 10 Kilogram Gara-Gara…

Terkini, Wan Raja sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem bertajuk 'Gold' terbitan Astro Show denagn membawakan watak sebagai Datuk Misbun Sidek.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 1:26PM

Wan Raja membawakan watak Misbun Sidek dalam filem berjudul 'Gold'. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyakit pedih ulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD) yang menyerang pelakon Wan Raja sejak dua tahun lalu telah menyebabkan berat badannya susut sehingga 10 kilogram. 

Menurutnya, dia kini lebih berjaga-jaga soal pemakanan seperti tidak lagi mengambil sajian cepat masak dan makan pada waktu yang ditetapkan. Jika tidak, dia akan mengalami keresahan dan sakit menyucuk di bahagian ulu hati sekali gus menyebabkan rutin tidurnya terganggu. 

“Saya rasa anxiety, macam ada sesuatu yang sedang menyucuk dan nafas pun menjadi semakin pendek. Mujurlah ia tak ganggu kerjaya saya sebagai pelakon memandangkan banyak penggambaran yang saya lakukan hanyalah di sekitar Kuala Lumpur sahaja. 

“Jika ada yang diluar kawasan, seperti sebuah projek telefilem yang saya berlakon tahun lalu, saya akan bawa teman sebab takut sekiranya ada hal kecemasan berlaku,” katanya ketika ditemui Getaran di penggambaran filem Gold baru-baru ini.

Keadaan Wan Raja semakin membaik selepas mendapatkan rawatan doktor. Namun begitu, pelakon itu tidak menolak sangat mencabar mengerjakan ibadah puasa dalam keadaan perut yang mudah diserang gastrik. 

“Sekarang saya makan ubat gastrik. Dari segi pemakanan saya tak begitu terperinci sangat cuma kena makan pada waktu yang tepat. 

“Jadi, saya akui bulan puasa memang mencabar. Hari pertama puasa perut saya rasa macam menyucuk. Tapi saya tahan. Paling penting makan sahur.” katanya lagi. 

Terkini, Wan Raja sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem bertajuk Gold terbitan Astro Show yang mengangkat perjalanan wira sukan negara. Membawakan watak Datuk Misbun Sidek, Wan Raja berbangga kerana terlibat dalam projek ini memandangkan dirinya sendiri merupakan peminat sukan badminton negara.

“Saya sendiri memang main badminton. Saya ingat lagi ketika tahun 1992 Piala Thomas, saya tonton perlawanan itu dan saya ingat apa yang terjadi. Bila terlibat dalam projek ini yang juga mengangkat momen itu, saya sangat bahagia. 

“Dalam filem ini saya membawakan watak Datuk Misbun Sidek. Sebenarnya sangat sukar untuk menjiwai watak ini kerana air muka dia sama sahaja walaupun anak didik dia menang atau kalah.

“Jadi saya kena cipta warna dalam watak ini sendiri. Saya pun ada usaha untuk bertemunya namun belum berkesempatan kerana dia sibuk terlibat dengan pertandingan di dalam dan luar negara,” katanya lagi. - Getaran, 30 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun Sah Berpisah Dengan BAM

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Main Badminton Guna Tangan Kiri, Turun Berat 12 Kilogram Antara Pengorbanan Jack Tan Untuk Filem 'Gold'

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tak Tahu Apa Penyebab Aurora Trauma, Adakah Kerana Saya Tanya Satu Soalan Peribadi? - Farid Kamil 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN