Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Lokasi Kenang Jasa 3 Legenda Sukan Negara

Tiga lokasi ini memberi pendedahan kepada orang awam tentang kemasyhuran Selangor dalam arena sukan kebangsaan dan antarabangsa.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:58AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya. Walaupun kita berada dalam era wabak COVID-19, pihak tuan rumah berjaya menjalankan tugas mereka mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan WHO dengan baik sekali. 

Sejarah ditempa, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mewakili pasukan beregu badminton lelaki telah berjaya meraih pingat gangsa dalam sukan badminton, manakala Datuk Azizulhasni Awang merangkul perak bagi acara keirin dalam sukan basikal untuk Malaysia.

Namun, tiada yang baru, jika tiada yang lama. Seiring dengan semangat menyokong kecemerlangan atlet Malaysia, kami tampilkan tiga ahli sukan legenda berserta tiga lokasi yang boleh anda lawati untuk mengenang jasa dan legasi mereka selepas PKP tamat nanti.

 

#1 Muzium Bola Sepak Selangor

Muzium ini dibina sempena menghargai jasa Datuk Mokhtar Dahari, legenda bola sepak negara yang berasal dari Selangor. Sepanjang kariernya, beliau telah berjaya membawa Selangor FA memenangi 10 Piala Malaysia.

Dilahirkan pada 12 November 1953, beliau yang dikenali sebagai ‘Supermokh’ ini sangat terkenal dengan kehandalan dan kemahirannya dalam sukan bola sepak. Beliau juga menempa sejarah dan rekod dunia apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak iaitu 89 gol dalam 142 perlawanan.

Datuk Mokhtar Dahari
Datuk Mokhtar Dahari

Datuk Mokhtar Dahari turut dinamakan oleh FIFA sebagai penjaring gol terbanyak di tempat ketiga dalam kategori antarabangsa selepas Ali Daei dari Iran dan Christiano Ronaldo dari Portugal, masing-masing di tempat kedua dan pertama dengan jumlah sebanyak 109 gol. 

Buat peminat bola sepak, anda boleh mengunjungi Muzium Bola Sepak Selangor yang terletak di Istana Alam Shah, Klang ini untuk meneroka sejarah Datuk Mokhtar Dahari dan bola sepak Selangor serta melihat koleksi peribadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Jika anda berminat melawat muzium ini nanti, pastikan anda datang secara berkumpulan dan membuat permohonan terlebih dahulu kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Pejabat DYMM Sultan Selangor.

 

#2 Stadium Mini Datuk R. Arumugan

Terletak di Klang, stadium mini ini dibina untuk menghargai jasa penjaga gawang kebangsaan, Datuk R. Arumugam, seorang lagi pemain bola sepak legenda dari Selangor. 

Beliau terkenal dengan jolokan ‘Spiderman’ kerana telah berjaya membantu pasukan bola sepak kebangsaan memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.

Jasa beliau tidak berhenti di situ. Oleh kerana kehandalannya dalam menangkis dan menangkap bola dari sudut yang sukar, beliau juga telah membantu pasukan bola sepak negara mendapat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Sempena memperingati jasa mendiang Datuk R Arumugam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah berkenan menukar nama Stadium Jalan Pekeliling, Port Klang kepada Stadium Mini Datuk R. Arumugam pada 2018.

Majlis Perbandaran Klang berharap semoga penjenamaan semula stadium ini membakar semangat golongan muda bagi merealisasikan cita-cita mereka berdasarkan kisah benar yang hebat, kisah Datuk R. Arumugam. 

 

#3 Tugu Badminton Anak-anak Sidek

Siapa yang tidak mengenali keluarga legenda dalam sukan badminton ini? Tugu Badminton Anak-anak Sidek ini terletak di hadapan rumah bapa mereka, Allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar di Pekan Banting, Selangor.

Juga terkenal dengan animasi dan komik berdasarkan kisah sebenar kehidupan sewaktu kecil mereka, adik-beradik Sidek ini terdiri daripada Datuk Misbun Sidek, Datuk Jalani Sidek, Datuk Razif Sidek, Datuk Rashid Sidek dan Rahman Sidek.

Adik-beradik Sidek.
Adik-beradik Sidek.

Mereka berjaya menempa nama dalam sukan badminton negara dan mewakili Malaysia dalam pelbagai arena berprestij seperti Sukan SEA, Grand Prix Badminton Dunia, Piala Thomas dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.

Bagi peminat sukan badminton, anda boleh melawat Tugu Badminton Anak-anak Sidek ini yang terletak di dalam kawasan perumahan rumah mereka membesar. 

Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan sumbangan keluarga Sidek dalam mengharumkan nama negara menerusi sukan badminton yang masyhur sehingga ke persada antarabangsa. - Getaran, 12 Ogos 2021

Semua gambar: Tourism Selangor 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

2

Sukan 2 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Sukan 5 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran