Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apabila Kerusi Jurulatih Badminton Negara Dimonopoli Indonesia…

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 6:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah ‘bertukar’ menjadi Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI)? Andaian ini pasti hadir dalam minda ramai orang apabila meneliti senarai jurulatih Indonesia dalam senarai payroll BAM.

Seorang demi seorang dari negara jiran itu ditatang oleh BAM menduduki kerusi jurulatih utama. Menjelang 1 Disember 2021, lagenda badminton Rexy Mainaky pula akan kembali ke pangkuan BAM, meneruskan monopoli jurulatih dari negara jiran itu dalam BAM.  

Setelah kehadiran empat jurulatih Indonesia, BAM memutuskan menagih kembali khidmat Rexy, bekas pemain beregu Indonesia yang pernah menjadi jurulatih di negara ini selama tujuh tahun, mulai 2005 hingga 2012.

Dengan kehadiran Rexy, jumlah jurulatih Indonesia kini lima orang. Teliti nama-nama yang sudah dilantik sebelum ini, Hendrawan (perseorangan lelaki), Indra Wijaya (perseorangan wanita), Flandy Limpele (beregu lelaki) dan Paulus Firman (beregu campuran). Hanya beregu wanita dilatih oleh jurulatih tempatan, Chan Chong Ming.

Jawatan Rexy lebih tinggi daripada rakan-rakan senegara, selaku Timbalan Pengarah Kejurulatihan di bawah bekas pemain perseorangan negara, Wong Choong Han. Choong Hann pun nampaknya gembira dan sudah sedia berkerjasama dengan Rexy, yang jawatan terakhirnya ialah ketua jurulatih badminton Thailand.

Tidak dinafikan, ada kejayaan Rexy semasa di Malaysia. Yang dianggap besar ialah membimbing beregu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 dan juara Seluruh England pada 2007.

Tiada kejayaan Rexy pada skala lebih besar seperti dalam Kejohanan Dunia, Piala Thomas dan Sukan Olimpik. Walau pun kali ini dia meletakkan sasaran Malaysia memenangi kilauan emas di Olimpik, ia menunggu untuk dibuktikan.

Malah pasangan Kien Kiat dan Boon Heong yang pernah beliau gilap, samar prestasinya selepas kejohanan Seluruh England (All England). Pasangan itu gagal untuk terus menyinar dan berada di mercu selepas kejayaan di England.

Lalu apa sebenarnya pertimbangan BAM apabila membawa kembali Rexy? Ada perancangan komprehensif atau BAM sekadar mahu meneruskan proses kitar semula yang nampaknya sudah menjadi satu hobi? Atau adakah memang BAM mudah jatuh hati dengan jurulatih dari Indonesia?

Sebelum ini BAM pernah mengitar semula khidmat bekas pemain Denmark, Morten Frost Hansen. Bekas juara empat kali All England itu dilantik Pengarah Kejurulatihan BAM dari 1997 hingga 2000. Dia kemudian dilantik pula sebagai Pengarah Teknikal BAM dari 2015 sebelum meletak jawatan pada 2017. Khabarnya gaji Mortten Frost RM100,000 sebulan.

Begitulah murahnya rezeki insan-insan seperti Morten Frost dan Rexy yang boleh dilantik pada waktu tertentu dan kemudian melepaskan jawatan apabila menerima tawaran lain. Tunggu sahaja beberapa tahun kemudian, lambat laun akan dipanggil semula oleh BAM.

Begitu juga murahnya rezeki jurulatih Indonesia. Ramai dijemput bertumpu ke mari oleh BAM yang baik hati sehingga mendatangkan persoalan adakah kerana mereka tidak mendapat tampat di negara sendiri? Atau adakah negara ini memang ketandusan tokoh tempatan untuk menjadi jurulatih?

Rasanya banyak juga nama-nama besar dalam negara layak jadi jurulatih, dan ada yang sudah pernah menjadi jurulatih sebelum ini seperti Rashid Sidek dan Misbun Sidek. Bekas pemain seperti Jalani Sidek, Razif Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit pun hebat. Hanya BAM tahu kenapa orang luar juga yang diminati, dan dari negara sama pula.

Khabarnya bekas pemain negara seperti Jeremy Gan dan Tan Kim Her berjaya membuktikan kemampuan di luar negara. Kedua-dua mereka kini jurulatih Jepun, di bawah ketua jurulatih Park Joo Bong, lagenda beregu Korea Selatan yang pernah menjadi ketua jurulatih beregu Malaysia dari 2000 hingga 2003.

Joo Bong berjaya melahirkan bintang seperti Kento Momota dan Nozomi Okuhara. Dia mengangkat Jepun memenangi Piala Thomas di New Delhi pada 2014 menewaskan Malaysia. Namun Joo Bong tidak pula dikitar semula oleh BAM.

Yang menarik ialah kejayaan Jeremy dan Kim Her, masing-masing selaku jurulatih beregu lelaki dan campuran Jepun. Atara kejayaan anak buah mereka ialah juara beregu campuran Seluruh England 2018 melalui Yuta Watanabe dan Arisa Higashino, yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 di Tokyo. 

Penulis tidak tahu berapa gaji dibayar untuk jurulatih Indonesia dan apa kemudahan sampingan yang mereka nikmati. Yang pasti tentunya mereka seronok bekerja dengan BAM. Kerana itu ramai ada di sini sekarang.

Namun tidak wajar mengetepikan terus bakat yang ada di negara sendiri, bakat yang telah dilahirkan oleh BAM dari peringkat awal. Mereka berjaya sebagai pemain dan BAM seharusnya memberi peluang kepada mereka mencurah jasa bakti. Adakah pemain tidak sukakan jurulatih tempatan, atau adakah individu dalam BAM ada percaturan sendiri?

Tidak salah menggaji jurulatih luar. Tetapi yang sebaik-baiknya ialah seimbangkan dengan jurulatih tempatan. Kombinasi dalam dan luar serta perkongsian minda diyakini mampu membawa lebih banyak kejayaan.

Juga berusahalah mencari tenaga baharu yang lebih dinamik serta mempunyai lebih banyak idea untuk disumbang daripada hanya calon kitar semula.

Jangan lupa Malaysia satu ketika dahulu adalah jaguh badminton dunia. Ketika itu Korea, Jepun, Taiwan atau Thailand boleh dikatakan ‘tidak pandai pegang raket’ pun. Tetapi kini mereka jauh maju  dan mampu menundukkan kita.

Sebaliknya kemajuan Malaysia secara amnya adalah mendatar, atau terlalu perlahan. Jika dibiarkan, negara akan semakin jauh ketinggalan. Pihak BAM mesti memikirkan perkara ini dengan serius. Atau mungkin kepimpinan BAM juga harus diubah atau dioverhaul demi menyuntik idea baharu untuk kembali ke mercu gemilang! - Getaran, 4 November 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

2

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan