Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


ASN: Aaron - Wooi Yik Tepati Ramalan, Joe Ee Dinobat Olahragawati Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:00AM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima anugerah pada majlis ASN 2022 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA -- Juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 yang berlangsung malam tadi.

Kejayaan Aaron-Wooi Yik yang mencipta sejarah dengan muncul sebagai gandingan badminton pertama negara yang meraih gelaran Juara Dunia di Tokyo, Ogos lepas, melayakkan mereka diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis gilang gemilang yang diadakan di sebuah hotel, di sini. 

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan anugerah sukan berprestij itu kepada gandingan beregu yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian 45 tahun Malaysia untuk menjadi juara dunia apabila berjaya menewaskan beregu veteran dan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 di pentas Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-27 di Tokyo, 28 Ogos lepas.

Pasangan nombor empat dunia itu berjaya mengetepikan saingan terdekat iaitu jaguh bina badan negara dan juara dunia lima kali, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah atau lebih dikenali “Mike” selain dua badang negara yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Mohammad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan serta Juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia Lim Kok Leong. 

 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba ke ASN 2022 malam tadi  - gambar BERNAMA
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba ke ASN 2022 malam tadi - gambar BERNAMA

Pencapaian cemerlang dilakar Aaron-Wooi Yik hari ini, menyaksikan mereka mengulangi kejayaan bekas pemenang emas Sukan Asia 2006, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi beregu lelaki negara terakhir merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan pada 2007.

Atlet gimrama Ng Joe Ee, yang menuai dua emas menerusi disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel 2022 melayakkannya diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan sekali gus mengatasi ratu terjun Datuk Pandelela Rinong dan rakan sepasukan Nur Dhabitah Sabri selain Nur Ain Syuhada Mohd Asri (petanque) serta Nur Amisha Azrilrizal (muay thai).  

Sementara itu, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan menggondol gelaran ketujuh pada Kejohanan Badminton Para Dunia dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Beliau mengetepikan saingan dua atlet powerlifting Jong Yee Khie dan Bonnie Bunyau Gustin, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (berbasikal lebuh raya) serta Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang). 

Juara 100 meter (m) kuak dada wanita SB8 (kecacatan fizikal) Sukan Para ASEAN 2022, Carmen Lim pula dinobatkan sebagai Olahragawati Para Kebangsaan menewaskan seorang lagi perenang, Brenda Anellia Larry serta Nani Shahiera Zawawi daripada sukan olahraga.

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.

Dalam pada itu, skuad hoki lelaki kebangsaan diumumkan sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan selepas memahat sejarah muncul Juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama pada edisi tahun lepas, manakala pemenang emas beregu wanita Sukan Komanwel 2022 dan Juara Terbuka Perancis 2022, Pearly Tan-M. Thinaah diumumkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan.

Bagi kategori Jurulatih Lelaki Kebangsaan, ia dimenangi jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, A. Arul Selvaraj, manakala jurulatih skuad ping pong wanita negara  Beh Lee Wei menerima anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan selepas berjaya membimbing pasukan negara merangkul perak dalam acara berpasukan Sukan Komanwel 2022.

Ng Joe Ee dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 pada ASN 2022 - gambar BERNAMA
Ng Joe Ee dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 pada ASN 2022 - gambar BERNAMA

ASN 2022 turut mengiktiraf sumbangan Datuk Wira Mazlan Ahmad dalam dunia sukan negara dengan menganugerahkan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu sebagai Tokoh Sukan.

Peranan besar pasangan Desmond David dan Ann-Marie David dalam membentuk keperibadian dan semangat waja anak mereka, Datuk Nicol David sehingga menguasai pentas skuasy wanita dunia turut dihargai ASN 2022 apabila diberikan Anugerah Khas bersama tiga lagi penerima lain termasuk Jaguh Larian Menara, Soh Wai Ching.

Majlis anugerah itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.

Berikut ialah senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022:

Olahragawan Kebangsaan - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)

Olahragawati Kebangsaan - Ng Joe Ee (gimnastik berirama)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Cheah Liek Hou (badminton para)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Carmen Lim (renang para) 

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Pasukan Hoki Lelaki 

Pasukan Wanita Kebangsaan - Pearly Tan-M.Thinaah (badminton)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - A. Arul Selvaraj (hoki)

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Beh Lee Wei (ping pong) 

Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Wira Mazlan Ahmad

Anugerah Kepimpinan Sukan - Prof Datuk Dr Abdullah Mohammad Said

Anugerah Khas - Desmond David, Ann Marie David, Datuk Fauzi Omar, Ahmad Merican Othman dan Soh Wai Ching -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran