web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Jadikan Romel Morales Pemain Naturalisasi Berjalan Lancar - Stanley

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 9:27PM

Romel Morales - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC untuk menjadikan pemain importnya Romel Morales sebagai pemain naturalisasi setakat ini berjalan lancar. 

Ketua Pegawai Eksekutif KL City Stanley Bernard berkata pihak pengurusan kelab berkenaan sedang giat berusaha untuk memastikan taraf kerakyatan dan status ‘anak tempatan’ buat pemain kelahiran Colombia itu diperoleh dalam masa terdekat. 

Bagaimanapun, Stanley berkata pemain berusia 26 tahun itu masih belum mematuhi tempoh matang untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi seperti yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Apa yang mengecewakan kami adalah kita tidak dapat mendaftarkann Morales sebagai pemain tempatan walaupun dia berjaya dapat kad pengenalan sebelum tarikh pendaftaran kedua Liga Malaysia bermula, 5 Julai depan.

"Itu adalah peraturan ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tetapi saya boleh katakan Morales sedang dalam proses untuk menjadi pemain naturalisasi nanti," katanya pada sidang media KLFA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini hari ini.

Sekiranya, pemain berusia 26 tahun itu mendapat status pemain naturalisasi, beliau berpeluang untuk berada dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon yang akan membuat penampilan pada Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

Pada masa ini, Harimau Malaya mempunyai beberapa pemain naturalisasi antaranya Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi daripada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) selain tiga lagi pemain Sergio Aguero (Sri Pahang), Lee Tuck (Kedah) dan Paulo Josue (KL City). 

Pada Jun tahun lepas, skuad Harimau Malaya layak secara merit ke pentas Piala Asia itu buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan dan dua negara wakil Asia Barat, Jordan serta Bahrain.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar