web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan APG Kemboja 2023 Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:00AM

Kemboja mengalu-alukan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan percikan bunga api dan persembahan kebudayaan pada upacara perasmian sempena edisi ke-12 temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di sini, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kemboja mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan percikan bunga api dan persembahan kebudayaan pada upacara perasmian yang menakjubkan sempena edisi ke-12 temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di sini, malam tadi. 

Kemboja yang memilih tema ‘Sports: Live In Peace’ unggul mempersembahkan acara bunga api berwarna warni yang memukau kira-kira 70,000 penonton, selain turut menyajikan persembahan menarik iaitu Khmer Heart yang berasal dari negara Asia Tenggara itu sendiri. 

Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 34 atlet dan 14 pegawai, ddiketuai oleh Chef-de-Mission (CDM), Noor Syahieda Mat Shah dan atlet boccia (BC1- kecatatan fizikal) Angeline Melissa Lawas yang menggalas tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang. 

Malaysia menjadi negara keempat berarak masuk dengan memakai jaket berwarna kuning-hitam dan seluar trek yang mempunyai logo Jalur Gemilang. 

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, seterusnya mengisytiharkan perasmian APG, menandakan saingan selama seminggu bermula secara rasmi hingga Jumaat ini dengan penyertaan 11 negara.

Perasmian itu hadir selepas bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN dinaikkan dan lafaz ikrar oleh wakil atlet serta pegawai pertandingan berlangsung dengen penuh istiadat.

Upacara perasmian itu diikuti dengan atlet bola keranjang berkerusi roda Sinet An menyalakan obor sebelum penonton di stadium menyaksikan pertunjukan bunga api yang menyinari langit Phnom Penh. 

Malaysia menyandarkan harapan negara kepada 144 atlet, dengan 62 atlet atau 43 peratus daripadanya kali pertama menyertai temasya edisi ke-12 itu.

Mereka akan menggalas cabaran negara dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.

Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak cacat penglihatan, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan. 

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini mengumumkan sasaran sebanyak 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa menjadi buruan skuad kontinjen para negara, berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lalu di Solo, Indonesia.

Pengurangan pingat emas itu adalah apabila tiga jaguh negara iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan jaguh badminton para Cheah Liek Hou tidak dihantar ke temasya dwitahunan itu selepas masing-masing memenangi pingat emas Sukan Paralimpik.

Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran