web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Yakin Kekal Prestasi Baik Di Terbuka Singapura

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:43PM

Pearly Tan-M.Thinaah optimis dapat mengekalkan prestasi baik mereka pada Terbuka Singapura 2023 minggu depan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah optimis dapat mengekalkan prestasi baik mereka pada Terbuka Singapura 2023 minggu depan.

Thinaah berkata mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas yang menyaksikan pasangan itu hampir merangkul kejuaraan di gelanggang sendiri, sebelum dikecewakan beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21, usai pertarungan satu jam 41 minit. 

“Persediaan kami untuk Terbuka Singapura berjalan lancar pada ketika ini. Apa yang telah berlaku sudahpun berlalu, kami tak mahu memikirkan tentang Masters Malaysia lagi.

“Kami harap untuk perbaiki dari segi strategi, corak permainan dan (bermain) lebih agresif,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan, di sini, hari ini.

Ditanya adakah mereka mampu merapatkan jurang dengan beregu di ranking lima teratas, pemain berusia 25 tahun itu berkata mereka tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan hanya mahu menikmati permainan.

Meskipun tewas pada pusingan akhir Masters Malaysia, Pearly-Thinaah memenangi hati rakyat Malaysia dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan mereka, selain kental mengharungi empat perlawanan panjang yang mengambil masa secara total lima jam 54 minit.

Pasangan nombor 11 dunia itu mempamerkan aksi luar biasa apabila bertahan selama sekurang-kurangnya sejam bagi setiap perlawanan itu, bermula pusingan kedua hingga ke final, meskipun Pearly baru sembuh daripada influenza.

Juara Sukan Komanwel 2022 itu turut mencipta rekod tidak rasmi permainan rali terpanjang dengan 211 pukulan ketika menewaskan beregu Jepun Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 21-18, 8-21, 21-19 dalam perlawanan satu jam 51 minit pada suku akhir. 

Pearly-Thinaah akan membuka kempen Terbuka Singapura, yang akan bermula pada 6 hingga 11 Jun ini, dengan menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pengantin Baharu Soon Huat-Shevon Muncul Juara Masters Malaysia

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad