web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Thailand: Tze Yong, Jun Hao Layak Ke Pusingan Kedua

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:16AM

Ng Tze Yong hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pemain dari India, Pyinanshu Rajwat, 21-19, 21-10 semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao memulakan kempen mereka dengan langkah kanan di Terbuka Thailand 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamak, di sini semalam.

Tze Yong, pemain nombor 24 dunia itu, hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pemain dari India Pyinanshu Rajwat, 21-19, 21-10.

“Terdapat angin dalam dewan yang kuat, namun saya dapat mengatasinya dan menang set pertama. Selepas itu saya bermain dengan lebih yakin dalam set kedua.

“Saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok. Saya akan berbincang dengan jurulatih selepas ini,” katanya kepada Bernama dan akan bertemu pemain nombor lima dunia Chou Tien Chen dari Taiwan esok.

Sementara itu Jun Hao pula berjaya ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil tuan rumah Sitthikom Thammasin, 16-21, 21-16, 21-12.

“Pada set pertama, saya bermain berhadapan angin, yang menjadikan sukar untuk saya memukul bola dam Sitthikom menggunakan kelebihan itu dan melakukan serangan.

“Selepas tewas set pertama, saya mengubah cara permainan dan bermain dengan lebih agresif pada set kedua dan set penentuan. Ini membolehkan saya mengawal permainan dan menang,” katanya.

Jun Hao akan berhadapan Christo Popov dari Perancis pada pusingan kedua.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara Cheam June Wei, apabila tewas kepada juara All England Li Shi Feng dari China 18-21, 21-18, 14-21.

Pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pula berjaya mengalahkan lawan mereka yang juga pasangan nombor lima dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping  dari  China 21-15, 19-21, 21-19 dalam masa 62 minit.

Kejayaan itu kemudiannya diikuti pasangan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie.

Peng Soon-Yee See mengatasi Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dari Singapura 15-21, 21-11, 22-20, manakala Soon Huat-Shevon menewaskan pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yao 19-21, 21-15, 21-15 dalam masa 57 minit.

“Dalam set pertama, saya lakukan banyak kesilapan. Nasib baik Sooh Huat dapat bantu saya dan kami berkomunikasi dengan baik bagi memenangi perlawanan pusingan pertama kami,” kata Shevon.

Pusingan kedua esok menyaksikan Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan pasangan Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo; Peng Soon-Yee See pula bertemu pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun; dan Soon Huat-Shevon akan bertemu pasangan Hong Kong Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula gagal meneruskan kemaraan, selepas tewas 21-15, 16-21, 16-21 kepada pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia-Hsin.

Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei juga terkandas selepas tewas 11-21, 19-21 kepada Hsu Wen-chi dari Taiwan.

Sementara itu, pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien menewaskan Indonesia Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose, 17-21, 21-19, 21-11. Mereka akan bertemu pasangan Korea Selatan Jeong Na eun-Kim Hye Jeong pada pusingan kedua. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek