web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 3:18PM

Ketika ini hanya Malaysia yang sudah melayakkan diri ke final apabila mengumpul keseluruhan sembilan mata di kedudukan teratas selepas tiga perlawanan sementara Thailand kedua (enam mata) dan Indonesia ketiga selepas mengumpul dua mata. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0 pada aksi ketiga saingan liga sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.

Pada aksi tersebut, tentangan hebat diberikan Thailand di awal permainan menyaksikan skuad Malaysian Tigress buntu memburu gol pada suku pertama sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin.

Jaringan itu ternyata mengubah permainan sekelip mata apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua dan ketiga dalam tempoh tiga minit masing-masing menerusi gol padang Fatin Shafika Mohd Sukri pada minit ke-26 dan gol pukulan sudut penalti disempurnakan Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-29.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga masa penuh sekali gus memberikan kemenangan ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dalam saingan liga sepusingan menjelang aksi terakhir bertemu Indonesia esok.

Mohd Nasihin berkata pasukannya menunjukkan komitmen yang tinggi berdepan Thailand apabila tidak menjadikan faktor bermain di bawah matahari terik dan bahang sebagai penghalang untuk beraksi dengan baik.

“Pemain-pemain bermain dengan mengikut perancangan yang diberikan kepada mereka, namun begitu, ada seketika mereka mula kurang tumpuan dan menyebabkan pasukan lawan datang menyerang.

“Secara keseluruhan saya memuji usaha para pemain, namun saya menuntut lebih lagi daripada mereka. Walaupun kami telah layak ke final, kami akan tetap fokus pada perlawanan menentang Indonesia nanti, sama seperti sebelum ini dan kami tetap menghormati siapa sahaja lawan yang kami temui,” katanya.

Ketika ini hanya Malaysia yang sudah melayakkan diri ke final apabila mengumpul keseluruhan sembilan mata di kedudukan teratas selepas tiga perlawanan sementara Thailand kedua (enam mata) dan Indonesia ketiga selepas mengumpul dua mata.

Sementara itu, Singapura yang baru bermain dua perlawanan di kedudukan keempat dengan meraih satu mata manakala Kemboja di posisi tercorot selepas hanya mengutip satu mata daripada keseluruhan tiga perlawanan.

Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan yang menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan teratas layak ke final untuk membuat perhitungan merebut pingat emas.

Terdahulu, Malaysia turut menempah slot di final bagi saingan lelaki selepas membenam Thailand 5-0 pada aksi ketiga liga sepusingan di venue sama, pada sebelah pagi. -  Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Skuad Hoki Negara Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kemboja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi