web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:13AM

Pasukan Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara hoki lelaki sempena Sukan SEA 2023 di Padang Hoki, Stadium Nasional Morodok Techo semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam tadi.

Pada hari semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara pada edisi ke-32  di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu.

Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan.

Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 [perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura.

Lebih mengecewakan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja.

Pada saingan semalam, Malaysia berjaya menambah empat pingat emas menerusi atlet sukan tari, Sam Jee Lek, pasukan hoki lelaki dan wanita serta atlet kick boxing Ahmad Nor Iman Hakim Rakib.

Selepas tamat saingan ke-11, Vietnam muncul juara keseluruhan apabila mengutip keseluruhan 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa, diikuti Thailand 108-95-108 manakala Indonesia di tempat ketiga 85-81-109.

Tuan rumah Kemboja berada di kedudukan keempat dengan mengutip keseluruhan 81-74-126 manakala Filipina di tempat kelima 58-86-116 sementara Singapura di posisi keenam 51-42-64. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Skuad Hoki Negara Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kemboja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad