web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Hoki Negara Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kemboja

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:36AM

Skuad hoki lelaki dan wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 penuh bergaya apabila mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing di Padang Hoki Morodok di sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Skuad hoki lelaki dan wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 penuh bergaya apabila mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing di Padang Hoki Morodok di sini semalam.

Dalam saingan yang berlangsung secara pusingan round robin itu, pasukan hoki lelaki tidak menghadapi masalah berdepan tuan rumah, Kemboja dalam perlawanan pembukaan apabila mencatat kemenangan 6-0.

Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan menerusi gol padang Muhammad Najib Abu Hassan pada minit keempat, sebelum Muhammad Amirul Hamizan Azahar menggandakan kedudukan pada minit ke-19 dan selang dua minit giliran Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar pula mencetak gol.

Skuad negara kemudian menambah tiga lagi gol menerusi Alfarico Lance Liau Jr pada minit ke-45, Shahmie Irfan Suhaimi (minit ke-55) dan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari (minit ke-60).

Ketua Jurulatih pasukan hoki lelaki kebangsaan, Muhamad Amin Rahim berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, namun pemain kelihatan gugup dan hilang fokus terutama pada dua suku pertama permainan.

“Mungkin kerana faktor cuaca dan majoriti pemain muda. Ini pertama kali mereka beraksi di temasya sukan sebegini. Namun pada dua suku seterusnya, pemain nampak selesa dan tenang bermain serta berjaya  mencatat kemenangan tanpa bolos,” katanya.

Sementara itu, skuad wanita negara turut membelasah pasukan tuan rumah dengan kemenangan 8-1.

Gol Malaysia dijaringkan Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit kesembilan, Siti Nur Arfah Mohd Nor (ke-11 dan 20), Nuraini Abdul Rashid (ke-13 dan 29), Nuramirah Shakirah Zulkifli (ke-28), Fatin Shafikah Mahd Sukri (ke-36) dan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad (ke-49).

Gol sagu hati Kemboja dijaringkan oleh Duch Chansovatey pada minit ke-14.

Ketua Jurulatih skuad wanita kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata pemain terlalu teruja untuk mencari gol dan sedikit kelekaan di bahagian pertahanan semasa pasukan lawan membuat serangan balas menyebabkan pasukannya melepaskan satu gol.

“Untuk pertemuan dengan Singapura pada Jumaat, saya mahu pemain menaikkan lagi intensiti permainan serta lebih berdisiplin terutama ketika penguasaan bola kerana kami mahu mencari kemenangan selesa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi