web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 6:16PM

Hannah Yeoh menggesa PAS untuk bertanya kepada Shahidan Kassim mengenai apa yang berlaku dengan sasaran pingat Sukan SEA 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa PAS untuk bertanya kepada Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai apa yang berlaku dengan sasaran pingat Sukan SEA 2023.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari di Facebook yang meminta Hannah dan Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim memohon maaf atas kegagalan negara mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja yang berakhir baru-baru ini.

“Saya hanya ada satu jawapan untuk PAS. Mereka harus bercakap dengan (Datuk Seri) Shahidan Kassim.

“Sebelum membuat sebarang komen, baca berita dan tanya pendapat Datuk Seri Shahidan mengenai Sukan SEA sebelum PAS membuka mulut.

“Itu sahaja yang saya ingin katakan,” katanya ketika ditemui hari ini pada majlis pelancaran jersi Liga Sepak Takraw 2022/2023. 

Shahidan ialah Presiden KOM dan Presiden Kesatuan Renang Malaysia (ASUM).

Sebelum ini, beliau mengumumkan sasaran 10 pingat emas untuk skuad olahraga.

Tetapi melihat prestasi pasukan olahraga hanya memenangi lima emas, beliau baru-baru ini berkata, menerima kritikan tersebut dan mengakui kesilapannya mengumumkan sasaran pingat tanpa merujuk kepada panel kejurulatihan KOM.

Skuad olahraga turut membawa pulang tiga pingat perak dan 12 gangsa.

Malaysia meletakkan sasaran 40 emas untuk temasya itu, namun pencapaian skuad negara jauh lebih teruk pada temasya yang berakhir kelmarin, berbanding edisi sebelumnya di Vietnam tahun lalu.

Kontinjen negara hanya berjaya meraih 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa dan menduduki tempat ketujuh dalam pungutan pingat keseluruhan.

Ia merupakan prestasi terburuk Malaysia selepas edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand yang menyaksikan kontinjen negara hanya meraih 31 pingat emas. – The Vibes, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek