web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tambah 4 Pingat Emas, Naik Ke Kedudukan ke-7

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:09AM

Atlet Karate negara, R Sharmendran mendapat pingat emas dalam acara Karate Kumite Individu lelaki 75kg pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konveksyen Chroy Changvar semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Malaysia menambah empat pingat emas sekali gus menyaksikan kedudukan kontinjen negara naik dua anak tangga ke tempat ketujuh selepas berakhir saingan hari kedua temasya Sukan SEA 2023, yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat. 

Skuad karate terus menampilkan aksi cemerlang apabila menyumbangkan dua pingat emas, manakala pencak silat dan petanque masing-masing menceriakan kem negara dengan satu emas.

Pungutan empat pingat emas itu menyaksikan kontinjen negara kini mengutip keseluruhan enam emas, 10 perak dan 13 gangsa.

Tuan rumah, Kemboja terus berada di tempat teratas dalam carta kedudukan pingat selepas meraih 29 pingat emas, 21 perak dan 22 gangsa, diikuti Thailand yang memenangi 16-17-26 manakala Indonesia dengan 16-11-24. 

Namun begitu, harapan kontinjen negara untuk menambah koleksi emas menerusi acara hoki dalam dewan tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yang disasarkan menyumbangkan emas susulan status sebagai juara bertahan, gagal berbuat demikian apabila tewas di pentas final.

Selain karate yang dijangka menyumbangkan pingat emas dalam acara kumite berpasukan lelaki, yang menyaksikan mereka selaku juara bertahan, hari ketiga esok juga akan menyaksikan beberapa acara akan membuka saingan, termasuk terjun dan olahraga.

Skuad terjun yang muncul pasukan paling cemerlang pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas apabila menyapu bersih lapan pingat emas, menjadi taruhan terbaik kontinjen negara bagi menambah kilauan emas.

Begitu juga olahraga yang menyasarkan 10 pingat emas pada temasya kali ini, dengan Jackie Wong dan Grace Wong yang masing-masing meraih emas dalam acara tukul besi lelaki dan wanita di Hanoi, akan turun bersaing di Stadium Nasional Morodok Techo, hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan