web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wei Theng Sumbang Pingat Sulung Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 11:25AM

Yoong Wei Theng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Atlet larian berhalangan, Yoong Wei Theng muncul atlet pertama menyumbang pingat kepada negara pada Sukan SEA 2023 selepas meraih gangsa acara lelaki individu, di sini hari ini.

Acara yang berlangsung di tempat letak kereta Chroy Changvar Convention Centre itu, menyaksikan Wei Theng tidak berdepan masalah apabila unggul meninggalkan peserta tuan rumah, Ol Saoheang sejak dari awal saingan. 

Malang menimpa Saoheang selepas terjatuh pada halangan kedua sekali gus merencatkan usahanya mengejar wakil Malaysia itu. 

Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234 saat (s) dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sementara itu, wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan mencatat 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).

Wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan merekodkan 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).

Sementara itu, Wei Theng mengakui terkejut dengan insiden apabila Saoheang terjatuh pada halangan kedua pada acara hari ini.

“Ketika dia jatuh, saya terkejut tetapi saya teruskan untuk menamatkan perlumbaan tanpa terganggu dan hilang fokus,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Athirah Hidayah mengakui kesilapan ketika bergayut pada 70 meter (m) terakhir memberikan kelebihan buat lawannya memintasnya.

Bagaimanapun, beliau berharap dapat memperbaiki prestasi dan kembali lebih kuat untuk beraksi dalam saingan berpasukan menentang Kemboja esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Malaysian Tigress Hampiri Kejayaan Raih Emas

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Sumbang 2 Emas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar