Berita Terkini

12 minit yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 13 minit yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 14 minit yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 15 minit yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 16 minit yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Upacara Perasmian Sukan SEA Kemboja 2023 Gah, Penuh Meriah

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:40AM

Sukan SEA Kemboja 2023 bertemakan ‘Sports: Live In Peace’ berlangsung dalam suasana yang cukup gah dan penuh meriah di sini malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Penantian 64 tahun Kemboja untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA berakhir dengan upacara perasmian temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu bertemakan ‘Sports: Live In Peace’ berlangsung dalam suasana yang cukup gah dan penuh meriah di sini malam tadi.

Kemboja menyajikan persembahan serta pertunjukan bunga api yang memukau dan penuh warna-warni di Stadium Nasional Morodok Techo dibina khusus bagi penganjuran sukan berprestij itu seminggu selepas acara pertama iaitu kriket membuka tirai Sukan SEA 2023.

Ekstravaganza sukan yang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei itu dimulakan dengan hitungan daripada 10 hingga satu selepas kira-kira 75,000 penonton dihiburkan dengan pelbagai persembahan penyanyi, penari dan artis terkenal Kemboja untuk menyerikan lagi detik bersejarah penganjuran sukan serantau itu.

Sejurus selepas itu, upacara diteruskan dengan perarakan membawa bendera Kemboja oleh 64 kanak-kanak sebagai simbolik penantian 64 tahun republik itu untuk menjadi tuan rumah edisi ke-32 Sukan SEA disusuli nyanyian lagu kebangsaan yang ‘menggegarkan’ stadium tersebut.

Kontinjen Malaysia diwakili delegasi seramai 42 orang termasuk pembawa Jalur Gemilang R. Sharmendran, Chef de Mission Datuk Mohd Nasir Ali serta dua timbalannya iaitu Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee selain skuad petanque negara. - Gambar Bernama
Kontinjen Malaysia diwakili delegasi seramai 42 orang termasuk pembawa Jalur Gemilang R. Sharmendran, Chef de Mission Datuk Mohd Nasir Ali serta dua timbalannya iaitu Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee selain skuad petanque negara. - Gambar Bernama

Penonton turut dihiburkan dengan beberapa Perarakan Kebangsaan Kemboja berkisarkan sejarah negara itu dalam pelbagai era yang berlangsung kira-kira sejam.

Mereka turut memberikan tepukan gemuruh kepada 11 negara yang mengambil bahagian semasa atlet dan pegawai berarak memasuki stadium itu mengikut abjad bermula dengan Brunei manakala Malaysia adalah yang kelima membuat kemunculan.

Kontinjen Malaysia diwakili delegasi seramai 42 orang termasuk pembawa Jalur Gemilang R. Sharmendran, Chef de Mission Datuk Mohd Nasir Ali serta dua timbalannya iaitu Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee selain skuad petanque negara.

Batik Malaysia dipilih sebagai pakaian rasmi perarakan itu kerana ia melambangkan identiti dan budaya negara.

Warna biru yang digayakan oleh atlet serta pegawai lelaki melambangkan keharmonian dalam arena sukan sebagai tanda kesediaan untuk turun ke gelanggang dengan semangat kesukanan yang tinggi manakala warna merah yang dipakai oleh atlet wanita pula menggambarkan keberanian serta semangat jitu dalam memburu kemenangan.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kemudian mengisytiharkan pembukaan rasmi edisi ke-32 Sukan SEA sejurus bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara dinaikkan dan lafaz ikrar oleh wakil atlet serta pengadil pertandingan.

Ini diikuti dengan upacara menyalakan obor oleh pemenang pingat emas acara Taekwondo Sukan Asia di Incheon pada 2014 iaitu Sorn Seavmey disusuli pertunjukan bunga api yang menerangi langit malam Phnom Penh.

Sukan SEA bakal menjadi landasan para atlet negara untuk bertanding di Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini ditunda dan dijadualkan semula pada September 2023 sebelum meneruskan misi negara ke Paris 2024 untuk membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik.

Malaysia telah meletakkan sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa bagi memadam pencapaian negara pada edisi terdahulu sukan itu di Hanoi, Vietnam yang mengutip 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.

Sejumlah 581 pingat emas daripada 37 sukan termasuk teqball akan dipertanding dalam temasya yang berlangsung di Phnom Penh serta empat wilayah lain iaitu Siem Reap, Sihanoukville, Kampot dan Kep dengan kira-kira 6,200 atlet mengambil bahagian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jambatan Bagan Datuk Dibuka Hari Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Axia Sebab Ibu Gagal Bayar Pinjaman

oleh Wartawan Getaran