web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peringatan Buat Skuad Harimau Muda Di Kemboja

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 11:10AM

Hamidin Mohd Amin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan diingatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023, di sini.

Peringatan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan skuad Harimau Muda berjuang bermati-matian memburu keputusan positif ketika turun menentang dua pasukan pilihan iaitu Thailand dan Vietnam pada aksi getir saingan Kumpulan B.

Hamidin berkata anak buah E. Elavarasan yang mempunyai sasaran ke final perlu menganggap pertembungan dengan kedua-dua pasukan itu sebagai perlawanan ‘hidup atau mati’ dalam usaha mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Katanya para pemain juga memahami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mencuri tiga mata dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

“Kita lawan Thailand dan Vietnam adalah ibarat perlawanan final. Maknanya kalau boleh kalahkan Thailand ataupun Vietnam, mereka (pemain) sudah boleh merasakan mungkin bakal menjadi juara,” katanya dalam satu pertemuan bersama media tempatan di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Elavarasan yang membenam Laos 5-1 pada aksi sulung kumpulan di Stadium Prince di sini, Rabu lepas akan berdepan Thailand dan Vietnam masing-masing esok dan Isnin depan di venue sama sementara kedua-dua pasukan lawan itu akan bertemu sesama sendiri pada aksi terakhir 11 Mei ini.

Dalam pada itu, Hamidin berkata skuad yang dibentuk kali ini mempunyai kelebihan apabila pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilihat mempunyai keupayaan setara dengan kesebelasan utama.

Beliau berkata perkara itu akan dapat membantu pasukan mengekalkan momentum sekiranya terdapat mana-mana pemain yang mengalami kecederaan ataupun berdepan penggantungan perlawanan.

“Tetapi dalam perlawanan berpasukan komitmen dalam dan luar padang penting, saya maklumkan kepada jurulatih dan pemain bonding dalam dan luar padang mustahak. Jadi saya harap lepas kemenangan dengan Laos mereka kuat dan bersedia bertemu Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau yakin pasukan muda negara mampu mengalahkan Thailand dan Vietnam dengan syarat para pemain bebas daripada sebarang masalah dan hanya menumpukan kepada perlawanan.

Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.

Vietnam selaku juara bertahan pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam