web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Bina Akademi Skuasy Nicol Perlu Kajian Menyeluruh

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 1:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan membina Akademi Skuasy Nicol sebagai menghargai jasa dan sumbangan besar bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David memerlukan kajian menyeluruh dan penelitian yang teratur.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Mej (B) S. Maniam berkata pihaknya mengalu-alukan cadangan tersebut, namun tidak mahu akademi berkenaan menjadi projek gajah putih disebabkan tanpa perancangan rapi.

“Ia satu idea yang baik dan kami sentiasa menerima cadangan sebegini untuk pembangunan sukan skuasy negara. Tetapi ia perlukan penelitian dan perancangan cukup rapi sebelum mula dilaksanakan.

“Antaranya ialah objektif pembinaan akademi ini, di mana lokasi, siapa bakal kendalikannya dan banyak persoalan yang perlu difikirkan sebelum dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pada masa ini, selain Akademi Skuasy Pulau Pinang kendalian Persatuan Raket Skuasy Pulau Pinang (SRAP) yang menempatkan Nicol David International Squash Centre, terdapat juga akademi lain seperti Malaysia Squash Academy di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang.

Gelanggang kaca di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, yang menjadi venue kejohanan berprestij tinggi, turut dinamakan sebagai Arena Nicol David sejak 2009.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan Akademi Skuasy Nicol ditubuhkan bagi membolehkan legenda skuasy itu kembali menyumbang kepakaran dan pengalamannya kepada pembangunan skuasy negara, sekali gus dapat melahirkan lebih ramai atlet bertaraf ‘Nicol David’ pada masa akan datang.

“Saya juga mencadangkan kerajaan beri suatu inisiatif khas buat Nicol yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Kita semua wajar berasa bangga apabila beliau (Nicol) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nicol dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada Isnin lepas apabila memperoleh 318,943 undi diadakan secara dalam talian yang dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sempena sambutan ulang tahun ke-40 acara Sukan Dunia.

Nicol merupakan antara atlet terunggul negara apabila pernah muncul juara dunia sebanyak lapan kali, meraih 81 gelaran Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dan menduduki ranking nombor satu dunia untuk rekod 109-bulan (sembilan tahun) berturut-turut, sebelum bersara pada 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 tahun yang lalu

Anugerah Diterima Nicol Banggakan Malaysia - MOM

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran