web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah Diterima Nicol Banggakan Malaysia - MOM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 6:54PM

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA L UMPUR : Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tidak pernah sunyi daripada pencapaian membanggakan, walaupun sudah bersara daripada sukan itu sejak dua tahun lalu.

Terbaru, anak kelahiran Pulau Pinang itu dinobatkan Atlet Terunggul Sepanjang Zaman menerusi undian atas talian, lewat Isnin lalu dan ia menandakan pengiktirafan dunia ke atas beliau.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, anugerah berkenaan jelas membuktikan pencapaian membanggakan Nicol dalam sukan skuasy.

Memetik kenyataan beliau kepada The Vibes, anugerah digondol Nicol sewajarnya menjadi inspirasi kepada barisan atlet negara yang lain.

“Kemenangan ini harus menjadi inspirasi kepada semua atlet Malaysia dan memberi mereka keyakinan untuk mencontohi kejayaan beliau dalam menakluk pentas dunia.

"Bagi pihak MOM, saya mengucapkan tahniah kepada Nicol atas pencapaian yang sangat konsisten," katanya kepada The Vibes.

Sementara itu, bekas setiausaha OCM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, kemenangan tersebut adalah satu usaha yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Tahniah kepada Nicol. Saya harap atlet lain dapat mengikuti jejak langkah Nicol dan berusaha mengharumkan nama Malaysia, sekaligus memberi inspirasi dan teladan yang baik kepada atlet muda,”katanya ketika dihubungi The Vibes.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam pula berkata, anugerah berkenaan bukan sahaja satu pencapaian peribadi untuk Nicol, tetapi juga kemenangan kepada peminatnya di seluruh dunia.

“Saya berharap pencapaian diterima Nicol ini mampu membantu sukan skuasy mendapat pengiktirafan yang sewajarnya pada masa akan datang,” katanya.

Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu lewat Isnin lalu dinobatkan sebagai penerima anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Masa, dan muncul sebagai calon tunggal dari Asia.

Juara dunia lapan kali itu ternyata berada dalam kelas tersendiri dan sukar ditandingi, apabila mengungguli pemilihan berkenaan, bermula dari hari pertama undian dibuka, 8 Januari lalu.

Beliau menerima 318,943 undi, mengatasi pencabar terdekat dengan kelebihan 200,000 undi.

Nicol, bekas pemain nombor satu dunia untuk sembilan tahun berturut-turut itu mengatasi 23 atlet lain yang mewakili lapangan sukan masing-masing. – Getaran, 3 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad