web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adam Gembira Dengan Peningkatan, Naiki Podium Buat Kali Kedua

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 3:45PM

Adam menjulang trofi tempat ketiga beliau di atas podium. - Gambar dari SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menamatkan pusingan kedua Kejuaraan Eropah Moto2 CEV di tempat ketiga dalam perlumbaan yang berlangsung di Ricardo Tormo Circuit, Sepanyol semalam, nyata lebih manis bagi pelumba  Malaysia Adam Norrodin.

Sekalipun mengulangi kejayaan sama di satu daripada dua perlumbaan pembuka musim di Estoril, Portugal dua minggu lalu, penunggang Liqui Moly Intact SIC Junior  berusia 22 tahun itu berkata banyak peningkatan yang dicatatkannya semalam.

“Pertamanya saya berterima kasih kepada pasukan saya atas kerja keras mereka minggu ini serta kepada keluarga saya yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan saya.

“Saya amat bersyukur atas keputusan hari ini dan sudah tentu banyak lagi yang harus dibaiki untuk perlumbaan akan datang di Barcelona.

“Kami akan kekalkan ketetapan minda yang positif ini serta terus menambah baik prestasi kami pada perlumbaan yang mendatang.

“Saya benar-benar gembira bekerja dengan pasukan ini dan kami akan terus bekerja keras hingga tamat musim. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam meraikan tempat ketiga beliau bersama staf teknikal pasukannya selepas perlumbaan tamat. - Gambar dari SIC
Adam meraikan tempat ketiga beliau bersama staf teknikal pasukannya selepas perlumbaan tamat. - Gambar dari SIC

Anak kelahiran Johor itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas mencatatkan masa 14 minit dan 43.890 saat, sementara pelumba Sepanyol Fermin Aldeguer (14:38.816s) dan Alonso Lopez (14:42.568s), kedua-duanya penunggang pasukan Boscoscuro Talent Team-Ciatti, menduduki dua tempat teratas.

Kejayaan menaiki podium dua kali berturut-turut juga membantu Adam menduduki tangga ketiga kejuaraan dengan 45 mata, menyusuli Fermin (75 mata) dan Alonso (60 mata), menjelang pusingan ketiga di Circuit de Barcelona-Catalunya pada 13 Jun ini.

Sementara itu, pencapaian seorang lagi penunggang pasukan Malaysia, Muhammad Sharul Ezwan Sharil yang berlumba dalam kategori European Talent Cup, kurang memberangsangkan apabila menamatkan Race 1 di kedudukan ke-20 dan ke-16 bagi Race 2 semalam.

Dalam kategori Moto3, Mohd Azman Syarifuddin terpaksa berpuas hati di tempat ke-12 dan 19 masing-masing dalam Race 1 dan Race 2. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Deru Adrenalin Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad