web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


City Terpaksa Menunggu Lagi Sekali

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 10:04AM

Cavani meraikan gol ketiga United jaringannya menentang Aston Villa. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City terpaksa menunggu lagi untuk meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengalahkan Aston Villa 3-1.

West Brom pula menjadi pasukan kedua tersingkir daripada liga selepas kalah kepada Arsenal 3-1.

Harapan West Ham untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan semakin tipis apabila kalah kepada Everton 1-0.

City terlepas peluang untuk memastikan kejuaraan liga setelah kalah 2-1 kepada Chelsea pada Sabtu.

Anak buah Pep Guardiola boleh mula untuk meraikan kejuaraan jika United kalah di Villa Park, tetapi kebangkitan United di babak kedua memaksa The Citizens untuk menunggu lagi.

Rembatan deras Bertrand Traore memberi kelebihan buat Villa di babak pertama, tetapi Bruno Fernandes menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan sebelum Mason Greenwood dan Edinson Cavani menambah penantian City.

Ketika ditanya sama ada beliau gembira kerana berjaya melanjutkan penantian City, pengurus United Ole Gunnar Solsjaer berkata:

“Itu perkara yang terbaik sekarang ini. Bila kami pulang hari ini, kami tidak perlu bertembung dengan penyokong mereka. Kami akan membuat mereka menunggu selama yang boleh.

City, yang tinggal tiga lagi perlawanan, kini berada 10 mata di hadapan United yang mempunyai baki empat perlawanan.

United akan bertemu Leicester pada awal pagi Rabu dan Liverpool, pada awal pagi Jumaat.

Jika kelab itu tewas dalam salah satu perlawanan, maka pengesahan City sebagai juara liga, adalah dalam perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu.

Sementara West Brom yang tiba di Stadium Emirates, memerlukan kemenangan untuk meneruskan harapan tipis dan mengelak daripada tersingkir.

Namun mereka ketinggalan 2-0, selepas Emile Smith Rowe dan Nicolas Pepe menjaringkan gol buat Arsenal.

Matheus Pereira menjaringkan gol tunggal West Brom pada minit ke-67.

Willian melengkapkan jaringan buat Arsenal selepas menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.

Kekalahan ini bermakna pengurus West Brom Sam Allardyce mengalami penyingkiran pertama beliau daripada Liga Perdana Inggeris.

Di seberang kota London pula menyaksikan West Ham tumpas kepada Everton selepas Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol tunggal perlawanan.

West Ham kini lima mata di belakang pasukan di tangga keempat Leicester, dengan baki tiga perlawanan.

Brighton pula terlepas peluang untuk memastikan ia terselamat daripada penyingkiran selepas tewas kepada Wolves 2-1.

Lewis Dunk memberi kelebihan kepada Brighton pada minit ke-13, kemudian Wolves menyamakan kedudukan selepas Adama Traore menjaringkan gol di minit ke-76 dan Morgan Gibbs-White memberi kemenangan kepada Wolves di minit ke-90.

Brighton kini 10 mata di luar zon relegasi dengan Fulham akan bertemu Burnley pada awal pagi Selasa. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar