web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Sukan: KBS Akan Kemuka Pendekatan Lebih Wajar Pada MKN

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 2:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membawa beberapa cadangan berhubung pendekatan yang lebih wajar terhadap sektor sukan dan rekreasi untuk dipertimbangkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pada mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara berkenaan akan dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

"KBS sentiasa komited dan konsisten membawa perspektif bahawa sukan bukan sahaja berkait soal aktiviti malah ia turut melibatkan ekosistem yang lebih luas lagi.

"KBS telah membawa beberapa cadangan untuk dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankusa Teknikal MKN dan sidang khas tersebut.'' kata kenyataan itu.

Dalam satu pengumuman, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri kelmarin memutuskan sektor dan aktiviti sukan serta rekreasi termasuk fasiliti komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka digantung sementara bermula hari ini di kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan PKP.

PKP telah dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Kelantan dan enam daerah di Selangor selain beberapa kawasan di Johor, Perak, Terengganu dan Kedah.

Menurut KBS, pihaknya sentiasa bersama peminat dan penggiat sukan dalam memaknakan “Kita Jaga Kita” khususnya dalam soal kelangsungan hidup dan keselamatan diri daripada penularan jangkitan COVID-19.

Dalam masa yang sama, soal kecergasan sama sekali tidak diketepikan. - Getaran, 7 Mei 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad