web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Perlu Lebih Versatil - Legenda Badminton Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 7:00AM

Aaron dan Wooi Yik tidak memenangi apa-apa kejohanan selepas menjadi juara dunia di Tokyo tahun lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apakah ertinya memenangi Kejohanan Badminton Dunia (BWF)?

Peminat tegar badminton pasti tahu kejohanan ini adalah salah satu acara paling berprestij dalam sukan itu, dengan pemenang memperoleh mata ranking tertinggi dan dikreditkan sebagai juara dunia.

Pemenang acara beregu lelaki edisi 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dari Malaysia, mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama pernah memenangi gelaran tersebut.

Sejak kejayaan itu, pasangan yang menduduki ranking kedua dunia berkenaan memikul beban tambahan di bahu mereka, iaitu jangkaan tinggi daripada peminat badminton untuk terus menghasilkan keputusan terbaik.

Namun, itu tidak berlaku.

Bercakap kepada The Vibes, legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek berkata, Aaron dan Wooi Yik kini harus lebih selektif dalam kejohanan disertai untuk mengoptimumkan kecergasan fizikal mereka.

Razif Sidek
Razif Sidek

Katanya, menyertai lebih banyak kejohanan tidak semestinya diterjemahkan kepada produktiviti.

“Kejohanan berturut-turut tidak akan memberi mereka masa yang cukup untuk memulihkan atau membetulkan strategi tertentu. Sekurang-kurangnya dua kejohanan berturut-turut sudah memadai.

“Mereka juga harus mengekalkan kecergasan fizikal. Mereka biasanya tewas dengan ketahanan pada set ketiga,” kata bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia itu.

Selain itu, Razif juga berkata, menjadi antara pemain ranking teratas juga bermakna mereka kini menghadapi lawan yang lebih sukar dan lebih baik.

Oleh itu, beliau menasihatkan pasangan beregu berkenaan untuk menonjolkan lebih banyak kepelbagaian dalam corak permainan mereka.

Untuk berbuat demikian, katanya, Aaron dan Wooi Yik perlu “mengkaji lawan mereka dengan teliti, kerana apabila bermain menentang pelbagai jenis lawan, anda juga perlu menggunakan strategi berbeza”.

“Anda tidak boleh hanya bergantung pada perlawanan lepas. Sebaliknya lihat pada prestasi semasa pemain lawan,” katanya.

Sejak kejohanan dunia yang diadakan di Tokyo pada Ogos lalu, pasangan terbabit tidak pernah memenangi gelaran lain.

Mereka hampir berjaya merebut kejuaraan Terbuka India, tetapi dinafikan pemain beregu dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang pada pusingan akhir.

Pada Kejohanan Super 1000 All England baru-baru ini, mereka tewas mengejutkan ketika menentang pasangan beregu ranking ke-11 dunia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Martin dari Indonesia pada pusingan pertama.

Razif berkata, pasangan itu perlu meningkatkan prestasi selain berusaha mengoptimumkan kecergasan fizikal dan menggilap kemahiran mereka.

“Saya tidak pasti bagaimana ini (prestasi buruk) akan menjejaskan ranking mereka. Tetapi jika mereka terus tewas dalam pusingan pembukaan, mereka akan lemah semangat, dan ia akan menjejaskan latihan mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi legenda dalam acara beregu lelaki, Tan Boon Heong berkata, dalam mengekalkan keyakinan diri ketika berdepan lawan, seseorang itu tidak boleh hanya membiasakan diri dengan corak permainan mereka, tetapi juga mesti fokus pada pendekatan sendiri terhadap permainan.

Tan Boon Heong
Tan Boon Heong

“Biasanya, kita melihat kesilapan yang kita lakukan apabila tewas dalam perlawanan.

“Bagaimanapun, Aaron dan Wooi Yik serta pasukan kejurulatihan juga perlu melihat bagaimana mereka memenangi sesuatu perlawanan.

“Dengan cara itu, mereka akan melihat strategi mana yang berkesan dan tidak berkesan. Melangkah ke hadapan, itulah cara mereka boleh meningkatkan prestasi,” katanya.

Boon Heong adalah sebahagian daripada 14 ahli yang menganggotai panel penasihat teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang ditubuhkan pada Februari lalu.

Panel itu turut dianggotai bekas pasangan beregu negara dan adik Razif, Datuk Seri Jalani Sidek; pasangan regu Boon Heong, Koo Kien Keat; Datuk Lee Chong Wei; Datuk Cheah Soon Kit dan pemain perseorangan lelaki, Roslin Hashim.

Bekas pemain perseorangan lelaki ranking kedua dunia, Ong Ewe Hock juga bersetuju untuk menyertai panel tersebut. - The Vibes, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad