web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Harimau Muda Julang Piala Merlion 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 7:00AM

Kemenangan itu menamatkan penantian 41 tahun Malaysia untuk mengungguli semenjak piala berkenaan diperkenalkan pada 1982. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara melakar sejarah apabila menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong, 2-1, dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, di Singapura, malam tadi. 

Kemenangan itu menamatkan penantian 41 tahun Malaysia untuk mengungguli semenjak piala berkenaan diperkenalkan pada 1982, sekali gus memperbaharui pencapaian selepas sekadar berada di kedudukan tercorot pada dua edisi yang disertainya iaitu pada 1982 dan 1985. 

Skuad Harimau Muda jelas bermula garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pihak lawan seawal minit kelima perlawanan apabila penyerang Muhammad Aliff Izwan cuba meledak gol namun berjaya ditampan penjaga gawang, Ng Wai Him. 

Berbekalkan momentum sedia ada, skuad kendalian E. Elavarasan menggandakan serangan dan peluang terbaik tiba apabila rembatan Muhammad Azrin Afiq dari luar kotak penalti berjaya menggegarkan jaring pada minit ke-20, namun dibatalkan kerana disahkan ofsaid oleh pengadil. 

Bersambung babak kedua, barisan muda negara terus mengasak skuad kendalian Szeto Man Chun apabila Muhammad Haqimi Azim menghantar bola silang kepada Muhammad Najumdin Akmal yang terus meledak gol pada  minit ke-57 namun jaringan Malaysia sekali lagi dinafikan pengadil buat kali kedua. 

Tidak goyah dengan insiden itu, pemain simpanan yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan Muhammad Najumdin akhirnya berhasil memecahkan kebuntuan jaringan menerusi tandukan padunya pada minit ke-74.

Lima minit berselang, pemain pertahanan Muhammad Safwan Mazlan terus mengecewakan pihak lawan apabila menambah jaringan jarak jauh, namun skuad kendalian Szeto Man berjaya merapatkan defisit menerusi Lau Ka Kiu pada minit ke-80. 

Bagaimanapun, pada penghujung perlawanan berlaku ketegangan antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan Muhammad Haqimi dan Kong Maddox dilayangkan kad merah pada minit kecederaan namun keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Sementara itu, pada perlawanan sebelah petang, Kemboja menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan tuan rumah Singapura, 2-1. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad