web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arif Aiman Tidak Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 4:09PM

Ketiadaan Arif Aiman menyaksikan hanya 26 pemain kembali menyertai sesi latihan pasukan selama hampir dua jam yang bermula 10 malam - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Keberadaan dan status pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Mawar di Pasir Gudang malam tadi.

Berdasarkan pemerhatian Bernama, ketiadaan Arif Aiman menyaksikan hanya 26 pemain kembali menyertai sesi latihan pasukan selama hampir dua jam yang bermula 10 malam.

Sesi latihan bermula lewat bagi menghormati bulan Ramadan itu sebahagian daripada persiapan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 kedua bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Selasa depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung “misteri” ketiadaan Arif Aiman dalam sesi latihan malam tadi.

Kebiasaannya, faktor kecederaan dengan pengesahan doktor pasukan antara alasan yang membenarkan seseorang pemain itu diketepikan daripada tugasan bersama skuad kebangsaan pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA.

Sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu tidak berada dalam skuad bimbingan Pan Gon ketika Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis lepas.

Rabu lepas, Pan Gon pada sidang media praperlawanan menentang Turkmenistan mengesahkan kesemua 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di sini berada pada tahap kecergasan terbaik dan sedia diturunkan.

Kali terakhir Arif Aiman menyarung jersi pasukan negara ialah ketika kempen Piala Raja Thailand September tahun lepas, yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara selepas tewas semasa final kepada Tajikistan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad