web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 5:53PM

Majlis menandatangani MoU antara Noah X dan APAC - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peserta daripada Gusti Asia Pasifik (APAC) sudah bersedia memberi saingan kepada jaguh gusti dunia apabila dijangka membuat penampilan pada pertarungan di Jepun dan Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi APAC,  Ayez Shaukat Fonseka, berkata impian pasukannya untuk beraksi di pentas antarabangsa itu bakal menjadi kenyataan selepas menerima peruntukan daripada syarikat jenama pemasaran IT, Noah X, menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani, hari ini. 

Beliau berkata penampilan skuadnya pada pertarungan gusti di kedua-dua negara berkenaan dijadualkan pada Mei dan Julai depan.

Ayez Shaukat Fonseka - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Ayez Shaukat Fonseka - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Selepas mendapat penajaan ini, saya akan lebih yakin sebab saya ada sokongan, cuma sekarang saya perlu fokus untuk menjadi terbaik.

“Noah X akan beri kita satu studio, dan kita akan buat ‘live show’ (pertarungan gusti) setiap bulan, harap kita akan lebih mahir selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU antara Noah X dan APAC, di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ayez Shaukat berkata bagi pertarungan yang akan diadakan dalam negara yang dijangka berlangsung antara Mei dan Julai ini,  APAC bakal menyediakan 2,000 tiket.

Tahun lepas, APAC menganjurkan saingan gusti bertaraf antarabangsa iaitu APAC Wrestling Rise di Spacerubix, Puchong, yang menampilkan sembilan ahli gusti profesional tempatan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Noah X, Ong Wei Chen, berkata menerusi perjanjian berkenaan syarikat itu bakal memberi manfaat kepada ahli gusti APAC termasuk gaji bulanan menerusi token tidak sepiawai (NFT) berbentuk karya seni digital dan menyediakan pusat latihan kepada mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek