web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:56PM

Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Justeru, beliau berkata kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu. 

 "Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, hari ini.

Mengenai integrasi sistem JPA, KWAP dan LPPSA, Ahmad berkata pesara tidak perlu bersusah hati memikirkan urusan pembayaran pembiayaan perumahan mereka menerusi potongan pencen kerana segala data yang diperlukan oleh LPPSA telah tersedia dikemas kini dalam sistem tersebut.

Ahmad juga mengingatkan pesara supaya mengetahui komitmen kewangan yang bakal mereka hadapi setelah berpencen bagi merancang kewangan sebaiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA Mohd Farid Nawawi pula berkata integrasi itu merupakan sebuah rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan JPA, KWAP dan LPPSA. 

"Proses integrasi ini dilakukan untuk menyelaraskan data agar setiap pusat agensi memiliki data persaraan yang sama. Selain itu, integrasi juga adalah bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data dan meminimakan kesalahan," katanya.

Tambahnya kerjasama itu juga membantu usaha pihak kerajaan dalam memberi kemudahan kepada penjawat awam selain meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman cemerlang kepada pesara kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

'Kampungku' Untuk Kesejahteraan Warga Tua, Pesara

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad