web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


City Hampir Menjuarai Liga

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 7:41AM

Aguero meraikan gol pembukaan City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City berada di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 2-0 mereka ke atas Crystal Place.

Chelsea pula mengetatkan pegangan mereka ke atas posisi keempat selepas mengatasi Fulham 2-0.

Anak buah Pep Guardiola berada 13 mata di puncak liga selepas gol separuh masa kedua daripada Sergio Aguero dan Ferran Torres memberi tiga mata kepada City di Selhurst Park.

City akan dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk kali ketiga dalam empat musim jika pasukan di tangga kedua, Manchester United, kalah di laman sendiri kepada Liverpool hari ini.

Jika United berjaya mengelak daripada kalah, City boleh merangkul kejuaraan liga dengan menumpaskan Chelsea di Stadium Etihad pagi Ahad minggu depan.

Aksi di Stanford Bridge pula menyaksikan dua gol daripada Kai Havertz membantu Chelsea menundukkan Fulham dalam pertembungan dua kelab daripada London Barat.

Jaringan pemain Jerman itu di babak pertama dan kedua memastikan jarak enam mata antara Chelsea dan West Ham di tangga kelima dalam persaingan untuk merebut tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

West Ham, yang ada baki satu perlawanan dalam tangan, akan bertemu dengan Burnley pada awal pagi Selasa.

Kekalahan Fulham menyaksikan mereka berada sembilan mata daripada zon selamat.

Brighton pula hampir pasti akan terus beraksi dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Leeds 2-0 di laman sendiri.

Penalti Pascal Gross dan satu jaringan solo daripada Danny Welbeck memastikan Brighton menjarakkan diri dengan 10 mata daripada zon relegasi.

Usaha Everton untuk melayakkan diri untuk beraksi di Eropah musim depan menerima tamparan selepas kalah 2-1 kepada Aston Villa.

Ollie Watkins meletakkan pasukan pelawat di hadapan di Goodison Park, tetapi penyerang Everton Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol penyamaan enam minit kemudian.

Pemain tengah Villa Anwar El Ghazi menjadi wira selepas menjaringkan gol kemenangan 10 minit daripada tamat permainan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar